PEMBINAAN HOSPITAL PENGAJAR UniSZA DIJANGKA SIAP MEI 2020-DR MASZLEE MALIK

Dr Maszlee Malik
Hari ini di Dewan Rakyat, semasa sesi pertanyaan jawab lisan, Ahli Parlimen Kuala Nerus telah mengemukakan soalan berkaitan status terkini projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan jawapan saya untuk soalan berkenaan adalah seperti berikut:
Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah diluluskan di bawah projek baharu rolling plan 3 Rancangan Malaysia Ke-10. Projek ini meliputi skop pembinaan sebuah hospital pengajar baharu dengan kapasiti 200 katil pesakit mengikut piawai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos sebanyak RM345 juta.
Sehingga 21 Mac 2019, status kemajuan kerja-kerja fizikal bagi pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin telah mencapai 40.37 peratus. Projek ini dijangka siap pada bulan Mei 2020.

No comments: