DR WAN AZIZAH TERPESONA
Semasa lawatan kerja ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Sains, Pendidikan dan Kebudayaan (UNESCO) di Paris, Perancis semalam, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenyum dan tertawa terus terpesona dengan sosok wajah seorang jejaka yang amat-amat dikenalinya.
Jejaka yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan tentunya suami tercinta, Anwar Ibrahim yang fotonya terpamer kemas semasa menjadi Presiden persidangan pertubuhan antarabangsa itu dari tahun 1989 hingga 1991.
Ternyata ketokohan dan kredibiliti Anwar mengetuai badan berpengaruh di peringkat antarabangsa perlahan-lahan mula mengalir kepada isterinya sendiri setelah dilantik ke jawatan kedua paling berkuasa di Malaysia itu pada 25 Mei 2018.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya setelah 20 tahun pahit getir ditempuhi, akhirnya tiada siapa yang boleh menidakkan ketentuan-Nya hari ini.