SAYA HARGAI PERSAHABATAN. TIDAK AKAN SAMAN HADI


Kami setuju tidak ganggu pentadbiran masing-masing, kata Anwar tentang Dr Mahathir



Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, berikutan persefahaman itu, beliau akan memberi sokongan penuh semasa Dr Mahathir memimpin kerajaan, termasuk dalam hal yang membabitkan ekonomi negara.
Image result for anwar





SEMENYIH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai satu persefahaman untuk tidak saling mengganggu pentadbiran masing-masing semasa mengetuai kerajaan.
Presiden PKR itu berkata, berikutan persefahaman itu, beliau akan memberi sokongan penuh semasa Dr Mahathir memimpin kerajaan, termasuk dalam hal yang membabitkan ekonomi negara.
“Saya ambil keputusan. Tun, ini giliran anda, kita bagi sokongan penuh. Saya tak mahu campur.
“Sebab apa? (Kerana) saya tak mahu ganggu kerja dia. (Tapi) masa giliran saya, saya buat, jangan ganggu pula saya. Itu persefahaman kita,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 400 hadirin di Kantan Permai, semasa berkempen menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk menyaman Abdul Hadi buat masa ini.
“Saya tidak mahu (saman) kerana dia pernah jadi sahabat baik, jadi saya tidak bermaksud untuk bergaduh begitu.
“Cuma saya nak bagi tau tak bolehlah (buat macam itu). Politik tak boleh macam itu…kamu jubah atau serban tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.
Ramai penyokong PKR dan juga parti DAP mendesak agara beliau dan DAP mengambil tidakan undang undang keatas Hadi dan juga anaknya serta parti Pas, namun itu bukan jalan penyelesaian. "Rakyat akan menilai sendiri pemimpin seperti itu".
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkirkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Abdul Hadi selepas itu turut dilaporkan berkata, dakwaan komplot itu bukan dibuat-buat kerana “kalau tiada angin, pokok tidak bergoyang”.



No comments: