Betul kah PAS Tarik Balik Saman SR sebab Kos Dan Kesihatan Presiden?



Disunting dan di edit oleh WRLR

Image result for zaid ibrahim


Pertamanya  dalam kenyataan media PAS tentang saman SR, tiada satu point pun yang PAS tulis tentang tarik balik saman SR atas sebab kos atau pun faktor kesihatan Presiden.

Bagi saya ini adalah salah satu bentuk ignorance. The fact that matters is Zaid Ibrahim, a laywer already wrote put this pieces 2 years back that can be read it below.

Biarkan bagaimana diterangkan secara  ringkas kan sebab nanti ramai yang minta  supaya lukis. Bila ada yang argue tarik balik saman sebab kos:

1. Pada masa tersebut 2017, ada 4 pihak yang tuduh PAS terima dana dari UMNO.

2. Tiga individu menyuarakan  di dalam Malaysia; Rafizi, Husam dan Mahfuz dan Rafizi siap buat akuan bersumpah lagi. Akuan bersumpah ini kalau ada kesilapan, boleh di penjara. Apa yang PAS perlu buat ialah buat report polis kata akuan bersumpah Rafizi adalah palsu, polis akan siasat dan kalau betul palsu, Rafizi boleh di dakwa atas alasan menipu. Boom! as easy as that. Maruah PAS akan terperlihara tanpa banyak kos.








3. Husam dan Mahfuz dakwa benda yang sama, cuma kedua-dua mereka dakwa mereka ada salinan slip transaksi AmBank. Kalau sebab kos, PAS boleh  saman mereka di dalam negara. Lagi murah. Dan nak reveal mana-mana statement kewangan di luar mahkamah akan tertakluk pada akta BAFIA. sebab tu Husan dan Mahfuz beria-ria  suruh PAS saman; kerana dalam mahkamah sahaja boleh tunjuk. PAS sekurang-kurang nya 3 kali ugut nak saman Husam tapi hasil nya tiada sehingga kini.

4. Dan ada pulak Sarawak Report di UK. SR ini kira the weakest link sebab SR claim PAS terima duit dari UMNO tapi tak ada penyata kewangan etc macam Rafizi, Husam & Mahfuz.
5. Pada masa itu , PAS ingat saman SR adalah salah satu good move WALAUPUN KOS DIA Mahal.
6. Carter-Ruck, Lawyer PAS charge rate adalah dalam RM3,300 satu jam dan estimated kos untuk perbicaraan adalah dalam RM10 juta ringgit. Kalau PAS tak ada duit, macam mana boleh ambil firm paling mahal di London? Di sini pembaca boleh agak, siapa kawan yang tolong bayarkan.
7. Ini juga terbukti bila argument Zaid yang kata lepas PRU, PAS akan di biar terkontang kanting bayar kos guaman ( zaid tulis tahun 2017). Dan anda lihat di mana PAS acap kali merayu derma untuk bayar kos guaman beberapa kali bulan lepas-lepas.
12. Faktanya  bahawa PAS sebenarnya nya memang hendak tarik balik saman dari bulan 12, ada sumber yang dapat tahu dari pimpinan PAS sendiri
13. Tapi bulan 1, PAS merayu-rayu lagi minta derma kata nak bayar kos peguam. Padahal PAS memang tiada niat hendak teruskan saman. Di sini ahli PAS telah di tipu untuk bagi derma
14. PAS berjaya raih 500K dari 400K yang di minta. jadi ada lebihan 100K.
15. Bila PAS tarik balik saman, seorang pimpinan PAS kata PAS masih lagi perlu kan lagi  dana untuk bayar kos mahkamah walaupun telah membelanjakan lebih dari RM2.6 juta untuk saman.
16. Berbalik pada SR, PAS memang 100% yakin boleh menang sebab SR tiada bukti sekukuh Rafizi atau Husam atau Mahfuz.
17. Ini terbukti bila first defense argument SR hanyalah "truth defense" yang mana bukti-bukti  dari kemewahan pemimpin PAS mengumpul harta dari duit UMNO.
18. Tiba-tiba audio Nik Abduh meletop; PAS already in panic mode. Ini yang mana SR kena bayar kos interloktuari sebab nak pinda Audio Nik Abduh sebagai bahan bukti. Masa ini juga penyokong PAS bersorak yang PAS sudah menang awal saman Sarawak Report.



19. Umum perlu ingat, Audio ini adalah tulen dan sahih. Mahkamah London sudah sahkan authenticity dah peguam PAS Carter-Ruck juga tidak membantah audio tersebut.
20. Beberapa saksi hidup dari ahli PAS sendiri mengesahkan kesahihan audio tersebut dan sanggup bersumpah mubahalah untuk membuktikan penipuan Nik Abduh.

21. Bila audio tersebut adalah benar, kandungan audio tersebut yang menyebabkan PAS menarik balik saman.
22. Dalam audio tersebut ada cakap:

A) yang Nik Abduh ambil duit UMNO,
B) Nik Abduh mengaku Presiden PAS dan juga pimpinan PAS ambil duit UMNO
C) Nik Abduh mengaku dia sendiri anak derhaka sebab defy amaran ATGNA untuk tidak berkerjasama dengan UMNO
D) Nik Abduh mengaku dia ajen tali baru CIA ( menderhaka pada YDPA)
E) Nik Abduh mengaku yang dia ujud kan jemaah lain untuk singkirkan Jebon.
23. Bila ini semua ada dalam audio tersebut, maknanya semua nama yang dalam audio tersebut boleh di sapina di mahkamah di London.
24. Tuan-tuan bayangkan kalau DS Najib, Nik Abduh dan pemimpin-pemimpin  besar PAS & UMNO masuk dalam kandang saksi di london
25. Tidakkah ia akan menjadi circus show? Dan semua hal dalam kelambu PAS dan UMNO akan terbongkar?
25. Sebab ini lah PAS sanggup tarik balik saman; dari malu besar kalau kalah di London.
26. Audio Nik Abduh sudah jadi wild card dan turning point untuk kes SR.

Lepas tu ada kata PAS tarik balik saman sebab kesihatan Presiden:
1) The fact that saman di failkan tahun 2017, dan kalau Presiden tak sihat, kenapa boleh bertanding PRU?
2) Kalau tak sihat, macam mana elok aje fly pergi luar negara tahun lepas di UK?
3) Walaupun Presiden acap kali ponteng sidang parlimen, kenapa tiada pun official statement dari doktor kata bila ponteng itu sebab masalah kesihatan?
Kalau betul sebab masalah kesihatan biar lah consistant.
Dengan kronologi di atas harap jangan ada lagi penyokong PAS yang boleh buat ignorance statement pasal KOS dan kesihatan dalam penarikan balik saman SR.
Ya , tolong la jangan tanya soalan bila nak report SPRM. Dalam masa minggu ini, sudah ada at least 3 laporan polis baru tentang ini dah SPRM juga sudah sahkan terima laporan tentang isu RM90 juta.

No comments: