SEORANG LAGI AHLI PAS TAMPIL DEDAHKAN DIRINYA SAKSI HIDUP KES TERIMA DUIT Umno



Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum





Tadi ada kawan msg, dia kata pimpinan ramai dok pening bila enta post macam tu dlm fb, depa kata jenuh nak jawab kat ahli, pimpinan lupa yang depa juga akan jenuh jawab depan tuhan😩
Terfikir sejenak, kalau aku yang bersalah, maka aku akan dipersoal oleh Allah seorang diri, tetapi sekiranya aku benar semua yang menjadi pemimpin pasti akan disoal mengapa kamu tahu perkara itu salah, tapi kamu diamkan?kamu takut hilang jawatan ka?kamu takut dibenci rakan sekiranya kamu bercakap benar? Mana lebih baik seorang disoal @ semua akan disoal oleh Allah??😄
So untuk menyelamatkan semua pimpinan PAS dari disoal dihadapan Allah solusinya ada 2:
1. Wajib bercakap benar walaupun pahit....
2. Pimpinan negeri dan kawasan menekan pimpinan Pas pusat untuk menyiasat dan membawa isu ini ke muka keadilan supaya semua dapat tahu siapa benar dan siapa yang salah.
So 2 cara ni menyelamatkan anda dari disoal oleh Allah

KANTOI LAGI!! SEORANG LAGI AHLI PAS TAMPIL LONDEHKAN PERANGAI LEBAI
Kali ini seorang lagi ahli jemaah PAS tampil mengaku dirinya sebagai salah seorang saksi hidup yang mendengar pengakuan Nik Abduh itu.

Abu Ulwan membuat pengakuan itu menerusi akaun Facebook miliknya. Katanya dia sanggup dibenci oleh kawan-kawan demi memperjuangkan PAS bersih dari rasuah.
Abu Ulwan
"Saya salah seorang saksi yang masih hidup, selagi saya hidup saya akan perjuangkan PAS bersih dari rasuah. Saya tak mahu PAS rosak macam Umno, biar kawan-kawan benci saya, sebab mereka tidak tahu apa yang saya tahu, dan pastinya Allah lebih tahu. orang tua-tua selalu berpesan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sekian," tulisnya.
Menurutnya dia merupakan anak buah kepada tiga pemimpin-pemimpin PAS yang turut dinamakan dalam tulisannya.
"Sebelum siapa-siapa dapat dosa kering bolehlah masing-masing call Nurul Islam, Tantawi, Takiri dan Ustaz Nik Abduh."
"Lebih-lebih lagi Takiri sebab dia yang asas group lawan jebon, dia ketua saya, saya khadam je, tanyalah depa, kenal tak Abu Ulwan, pastinya bergetarlah tubuh mereka kerana sayalah anak buah mereka yang sanggup buat apa sahaja untuk menaikkan mereka dahulu," tulisnya.
Abu Ulwan juga menegaskan bahawa dia sanggup bermubahalah (sumpah laknat) dengan Nik Abduh asalkan perkara itu dibawa ke muka pengadilan, dan sanggup hilang keahlian PAS jika dirinya kalah.
"Saya sanggup bermubahalah dengan pihak yang saya tuduh, asalkan semua ini dibawa ke muka pengadilan, Saya juga sanggup kehilangan keahlian sekiranya saya kalah, sekiranya saya menang dan didapati mereka bersalah, maka wajib diturunkan mereka dari kepimpinan," tulisnya.
Abu Ulwan turut menunjukkan lokasi tempat duduknya ketika mendengar pengakuan Nik Abduh mengaku ambil duit Umno.

No comments: