*2 senario*
10 Mei 2018 _ scenario A atau scenario B..
*Scenario A:*
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR telah mengumumkan kemenangan BN.
2. DSN sekali lagi dijulang sebagai hero dan tersenyum lebar kerana mendapat mandat semula untuk memerintah dan mentadbir Malaysia.
3. Kabinet Malaysia pun tiada banyak perubahan. Menteri-menteri lama termasuk yang bermasalah dilantik semula memegang portfolio baru.
3. GLC-GLC dan institusi berkaitan kerajaaan menjadi tempat orang politik.
4. Kes-kes kontroversi berkubur,
5. GST kekal malah barangkali dinaikkan, 1MDB mungkin ditutup.
6. Pemerintah sekali lg menjanjikan pelbagai slogan transformasi tetapi ia terus bermusim dan ia akan dicanangkan semula selepas lima tahun.
7. BN terus selesa menerajui negara sejak merdeka. Kakitgn awam mcm biasa, berpuashati shj dgn bonus rm500, berhari raya dgn membayar tol.
8. Media perdana terus ekslusif untuk parti pemerintah.
9. PH terus menjadi pembangkang dan terus berharap untuk memenangi PRU15.
10. Tarikh PRU15 hanya diketahui oleh pemimpin utama BN dan jika dirasakan perlu persempadanan semula juga akan berlaku.
*11. Tiada apa yang menerujakan politik di Malaysia, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa.*
*Scenario B :_*
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR mengumumkan kemenangan kepada PH.
2. Tun DM bersama pakatan Harapan menyambut kemenangan dengan penuh semangat dan rasa debaran kerana mendapat mandat baru dan memegang amanah dan harapan besar rakyat.
3. Buat pertama kali rakyat berpeluang menyaksikan kabinet baru dan ramai menteri-menteri yang baru.
4. Macam tak percaya media perdana TV3 TV1 TV2 Utusan Malaysia Berita Harian NST dan lain-lain saluran membuat laporan lintas langsung untuk PH bukan lagi BN.
5. DSAI pula akan keluar dari penjara dan bersedia bergandingan memimpin negara.
6. Pemerintah baru PH ini merasa tertekan untuk menampilkan kepimpinan terbaik kerana rakyat akan melihat dan memberikan peluang hanya dalam masa lima tahun untuk membuktikan prestasi membela rakyat.
7. PH pasti faham bahawa mereka hanya ada satu peluang dan peluang ini tidak akan lagi diberikan rakyat sekiranya mereka khianat pada mandat yang diberikan.
8. GST tiada lg, harga minyak stabil, tol di plus tiada, gembira anak anak pulang berhari raya, bonus kakitangan awam berbaloi.
9. Lebih menerujakan ialah melihat kali pertama BN menjadi pembangkang.
10. Bayangkan senario di Parlimen dengan Ketua Pembangkang baru daripada BN.
11. Politik di Malaysia lebih menarik dan menghiburkan.
*12. Hari-hari yang dilalui pasti lebih menerujakan dengan senario politik baru ini di Malaysia.*
*ini kalilah* atau *dulu, kini dan selamanya.*
Scenario A atau scenario B
Berani berubah wahai rakyat malaysia..