Kelantan, Pahang negeri paling banyak pembalakan


KUALA LUMPUR, 6 JUN: Hutan simpan kekal berkeluasan 544,011 hektar (ha) yang dimiliki negara perlu dipelihara daripada terus dimusnahkan oleh pembalak dan pada kroni yang rakus dan hanya memikir keuntungan.
Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kemusnahan hutan adalah faktor penyumbang utama terhadap perubahan iklam yang seterusnya membawa kepada pemanasan global.
Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Yang Dilesenkan Untuk Pengusahasilan Mengikut Status Tanah, 2006-2015 (ha)
“Di sini wujudnya suatu pemintaan segera di mana penebangan hutan simpanan kekal yang telah diwarta untuk perlindungan harus diberhentikan dengan serta-merta di mana hutan tersebut telah dikeluarkan daripada warta memberi peluang kepada pembalak ataupun kroni pemaju untuk mengaut untung yang besar atas pengorbanan alam sekitar.
“Di Semananjung Malaysia (rujukan kepada graf), Pahang merupakan penyumbang terbesar di mana sebanyak 161,369 ha hutan telah ditebang dalam masa 10 tahun, diikuti oleh Kelantan ha hektar dan Perak 74,032 ha,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Manakala Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan pula, kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri negeri berkenaan, adalah satu-satunya negeri yang tidak pernah menyentuh walaupun seinci hutan simpan kekal miliknya.
Perlis yang walaupun merupakan negeri dengan keluasan terkecil di negara ini, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, telah membalak 167 ha hutan simpannya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, hutan simpan kekal milik negara mampu dipelihara jika tindakan tegas diambil kerajaan Persekutuan terhadap mana-mana kerajaan negeri yang melakukan pembalakan secara tidak bertanggungjawab.
“Dengan cari ini barulah kita boleh menyambut Hari Alam Sekitar Dunia dengan penuh bermakna. Kita bukan sahaja membenarkan dunia bernafas tetapi semua insan dapat menikmati udara yang bersih.
“Udara dan sumber air yang bersih merupakan hak semulajadi kurnian Tuhan. Ini juga merupakan suatu tanggungjawab asas di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus membekalkan hak asasi manusia ini kepada semua rakyatnya,” katanya. – Roketkini.com

No comments: