Di sebalik kecaman kelompok fanatik, Guan Eng terus raikan majlis berbuka puasa


AIR PUTIH, 6 JUN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus meraikan majlis berbuka puasa di negeri ini meskipun ditegah beberapa kumpulan fanatik yang mengecamnya berbuat demikian.
Dalam majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baru yang berlangsung baru-baru ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menyerahkan bantuan kebajikan berupa barangan keperluan harian dan kerusi roda kepada 50 golongan asnaf kariah berkenaan.
Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM457 juta dalam usaha menaikkan syiar Islam negeri itu atau 84 peratus lebih tinggi dari peruntukan kerajaan terdahulu.
“Kita (Kerajaan Negeri) ada lebihan sebab amalkan pentadbiran bersih, jadi kita (Kerajaan Negeri) tolong dan kongsi sama kongsi dengan rakyat. Apa salah kita tolong Islam?” soalnya lapor Buletin Mutiara.
Menurutnya, walaupun kerajaan negeri banyak membantu pembangunan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, ia juga tidak bermakna beliau memusuhi mana-mana kaum atau agama.
“Kita tidak anti siapa-siapa (Cina mahupun India), kita cuma anti rasuah dan anti kemungkaran,” katanya lagi.
Sebaliknya Guan Eng menegaskan bahawa pihaknya Cuma cuma anti rasuah dan anti kemungkaran.
Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim; ADUN Air Itam, Wong Hon Wai; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Syerleena Abdul Rashid; Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mejar (B) Zaidi Ahmad dan Pegawai Koordinator Agenda Ekonomi Saksama (AES), Abdul Wahab Long.
Abdul Malik dan Zairil yang turut berucap pada majlis itu turut mengecam beberapa kumpulan yang cuba menafikan hak Ketua Menteri untuk berbuka puasa bersama umat Islam yang disifatkan bukan ajaran Islam sebenar.

No comments: