JAWATAN YANG UTAMA....



Walaupun Hadi Awang seperti memberi bayangan hampir pasti untuk memutuskan  jalinan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar Pas April nanti, kepentingan jawatan dan kedudukan mungkin menjadi halangan utamanya.

Hadi bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atas alasan parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah dan jika perkara itu menjadi pegangan rasmi, ia dengan sendirinya melibatkan PKR yang memang sah, bahkan sudah lama ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Hubungan dengan PKR akan diputuskan dalam Muktamar Pas April nanti, tegas Presiden Pas itu lagi.
Bagaimanapun, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bukan saja berbeza, malah mungkin menjadi titik tolak dalam keputusan pada muktamar nanti.

Menurut beliau, meskipun sekiranya hubungan Pas dengan PKR berakhir selepas Muktamar pada April itu, mereka tidak akan berundur daripada jawatan sebagai Exco  serta pelbagai kedudukan lain dalam kerajaan negeri Selangor.

Alasan beliau ialah Pas perlu menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP dalam pilihanraya 2013 yang lalu.

Kita tidak boleh lari daripada mandat yang telah diberikan kepada kita, ujar beliau kepada sebuah portal dalam talian.

Pulak???

Jadi, apakah yang boleh dijangka akan diputuskan oleh Pas tentang hubungan dengan PKR dalam muktamarnya nanti?

Terus bekerjasama atau putus segera?

Barangkali susah juga mahu meneruskan kerjasama dengan PKR kerana Hadi sudah mengatakan Pas tidak akan bekerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Tetapi, bagaimana Pas hendak memutuskan hubungan dengan PKR sedangkan Iskandar dan Pas Selangor mahu terus bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri yang sedang disandang sekarang?

Siapa lagi orang penting dalam Pas atau rapat dengan Hadi yang ada jawatan tinggi dan gaji besar dalam kerajaan negeri Selangor?

Hmmmm....rasanya apa keputusan pada Muktamar nanti sudah boleh dijangka. (SH 17/02/2017).

No comments: