APA KATA 3 ORANG INI MENGENAI 1 MBD KENAPA BELIT UNTUK MENJELASKAN?








1.    DATUK  ASRI MUFTI PERLIS

1.seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

2.Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah.

3.Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah,






2.   SOALAN ANAK MB JOHOR




SOALAN ANAK MB JOHOR

Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
  1. Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
     
  2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
     
  3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
     
  4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
     
  5. Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
     
  6. Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
     
  7. Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
     
  8. Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
     
  9. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
     
  10. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
     
  11. Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
     
  12. Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
     
  13. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

3.    SOALAN KADIR JASIN



Mengapa 'spin' jika wang itu dari orang kaya Arab?



1. Pihak berkuasa sepatutnya, dari awal lagi, berkata bahawa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dari orang kaya Arab,

2. Katanya, mengapa Najib dan seluruh briged tukang spin beliau tidak berbuat demikian dari awal lagi.



3.Sekiranya wang dalam akaun perdana menteri bukan dari 1MDB, mengapa tidak Jho Low berkata demikian.

4. Mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun itu perlu melarikan lari dari negara ini?" 

5. Orang yang dicari oleh pasukan petugas khas (menyiasat 1MDB), termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini sepatutnya tampil untuk membersihkan nama perdana menteri," 

6. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan secara sukarela kerana gagal menemui lebih awal yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri di AmBank adalah sumbangan derma.

7. Macam mana anda boleh main-main dengan perdana menteri seperti itu?"

No comments: