KISAH HADI NAK JADI PM

OLEH: AL HUSSEYN


Cita cita nak jadi PM tak salah.Tapi kalau khianat nak bersama Umno,itu salah....kalau Anwar  nak jadi PM rasanya dah lama jadi dengan Umno.








Berikut adalah transkrip yg mampu saya perturunkan. Harap maaf kerana ada terdapat tempat yang kurang  jelas. Harap maklum …dia dan Ustaz Nasharudin (Mat Isa); saya boleh ceritalah sekarang. Dua-dua orang tu telipon saya, yang telipon saya , Salahuddin Ayub!      “Bagaimana kita ni kerajaan pemimpin, Boleh ke tak dia masuk?”  Saya kata, betul ker? Ini kerajaan perpaduanlah nih!   “Betul ker?”  “Betul!”   “Ana ni tukang atur ajer”  “siapa?”  “ Boss!” “ Boss siapa?” “ Ustaz Hadi! Tapi tak boleh nak pergi, tak boleh masuk!”  Saya kata, “ Tak apa, naik kereta saya.”  Saya tunggu, ambik dia masuk kereta saya masuk Seri Perdana, lepas ‘Asar, kali pertama. 



 Duduk dalam library di Seri Perdana tu, daripada Asar sampai Maghrib, sembahyang sama berjemaah. Makan goring pisanglah macam-macam…. Dia tengok Seri Perdana …  “ Aiii….sedap juga rupa!! Hok cepok,” dia kata, “Ustaz bagaimana?”  Dia baik dgn saya. Sebab saya dulu kenal dia masa saya di Perth Australia . Saya selalu jemput dia datang masa tu dia ABIM. Masa tu dia pengerusi ABIM Trengganu, belum masuk PAS pun Ustaz Hadi nih! Saya kenal dia sebab kawan abang saya di Medinah dulu.   Saya kata, “ Jadi ker?” Dia kata, “Memang tak ada masalah; kena buat demi kepentingan Islam dan Melayu!” kata Hj Hadi. Hadi kata jadi!, “Saya jadi…..(tak jelas)…,” Ha! Ha! Hj Hadi kata!  Ini orang Pas ni yg dengar yg duduk ni boleh bagi tau, sesiapa pemimpin PAS yang dengar ni ambik tape saya ni, bagi tau, Hj Hadi kata kat Nik Aziz!  Pak Lah pun tanya, “Tak bolehkah nasihatkan Nik Aziz ni, untuk kepentingan Islam? Sekarang ni you ni jadi bar dot dot ... dia taulah! Betullah yang you kata tadi boleh jadi Barua DAP, dia tau!Dia juga tau! Anwar tipu dia, dia tau!” Haji Hadi mengaku.  Saya kata, “Enta tau tak, kenapa dia bawa, masa tu Nasaruddin baru masuk keAdilan. Nasaruddin Parit tu baru masuk keAdilan. Dengar ceritanya Nasarudin Adun Bota, masuk keAdilan, sebab dia tahu akan Nasaruddin untuk jadi Menteri Besar. Dia nak tukar Nizar tu, Nizar PAS nak tukar kepada Nasarudin supaya PKR menjadi Menteri Besar.” Saya bagi tau Hj Hadi sebab Nasaruddin bagi tau saya! Nasarudin punya peranan.  Nasarudin ni, masa saya jadi ahli parlimen dulu, dia duduk sebelah saya.Dia ahli parlimen Parit, saya ahli parlimen Kerteh. 

Kami duduk sebelah. Saya kata apa-apa sebab cepat nih….  Dia kata, “Brother, saya dah tak boleh tunggu kerajaan brother… Anwar kata, saya akan menjadi Menteri Besar, Nizar akan ditukar!”  Tengok, dia main belakang. Main belakang PAS lah nih! Kerja dia!  Saya bagi tau Ustaz Hadi, “Ustaz, enta tau tak, dia bawa Nasarudin masuk untuk ganti Nizar. Hj Hadi kata, “ Macam inilah perangai Anwar!” Dimana dia kata? Di Seri Perdana”  “Astaghfirullahul Adzim, itu yang dia nak buat kat ana…”  “Macam tulah ustaz!”  “OK, kita buat cepat-cepat” kata dia.  “Habis macamana Tuan Guru Nik Aziz?”  “Tinggalkan Nik Aziz!” kata Hj Hadi. “Tinggalkan Nik Aziz!” Pak Lah kata, “Tak boleh, dia Mursyidul ‘Am. Dia orang tua, balik berkira dulu…”  Dia kata, “Masalah Nik Aziz ni, mesyuarat tak datang.Kalau dia datang, dia tidur!” Itulah kata Hj Hadi.  Saya pun tengok kat Ust Nasarudin, “Macamana?” “Ana ni ikut boss jer…ikut boss jer!”  Tujuan kita nak buat kerajaan yg sedemikian pada masa itu, ialah supaya orang Melayu mempunyai 2/3 majoriti dalam dewan, di parlimen. Kemudian kita boleh ubah segalanya yg kita nak ubah.Nak buat Islam ker, nak alQuran sahaja dia atas, nak letak sunnah ker.

 Itu boleh dicita-citakan, dia pun setuju, syarat dia “Saya nak jadi Perdana Menteri!” Hj Hadi kata. Yang tu Pak Lah kata, “ Tak bolehlah kata saya mesti jadi Perdana Menteri!” Tengok…jujur tak jujur Pak Lah. Ikhlas tak ikhlas? “Saya dah janji nak bagi kepada Najib. Tak apa Najib jadi Perdana Menteri. Yang penting orang Melayu bersatu!”   Hah! Dia pun kata, “nanti dulu…”  Bila saya balik ke dewan undangan negeri, saya bagi tahu kepada YAB Menteri Besar, saya tunjuk dia beginilah… saya tanya YAB Menteri Besar, “Kita telah berusaha untuk menyatukan ummat Islam, wata’a wanu ‘alal-birri wa-taqwa, wala- ta’a wanu ‘alal-ismi wal-‘udwaan – ayat Qur’an jelas, bekerjasamalah kamu untuk perkara-perkara kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dengan perkara kemungkaran. Ayat Qur’an jelas, YAB tahu.

 Dan kita telah berusaha untuk menyatukan hati-hati ummat Islam supaya kita menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Kenapa YAB tutup? Kenapa YAB tolak? YAB bertanggungjawab di dunia dan bertanggungjawab di akhirat, menolak perpaduan ummat Islam, YAB jawab!  Dia tunduk, jengok muka pun dok! Dalam rekod ada, dalam henset ada! Kenapa YAB tolak?   Saya jadi wakil rakyat untuk membantu rakyat baik Umno atau pun PAS. Kita nak berkhidmat kepada negara, berkhidmat kepada bangsa, berkhidmat kepada Islam, berkhidmat kepada seluruh Negara, ummat Islam seluruhnya… Kenapa kita jadi pergaduhan? Kenapa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Atas dasar apa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Enta nak buat baik, ana nak buat baik. Enta nak bangunkan Negara, ana nak bangunkan Negara. Enta nak bawa syiar Islam, ana nak bawa syiar Islam. Kita nak letak ummat Islam al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih … kenapa kita mesti bercanggah? Anda mungkin juga meminati:

No comments: