BAWA MAT MASLAN KE PERMATANG PAUH ...SAH BN KALAH BERGANDA



Dr Maza bantai teruk Mat Maslan!!

Mat_Maslan
Takat ni!!
Kenyataan pedas dari Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di Facebook kepada seorang menteri yang berkata bekas PM, Tun Mahathir tak faham GST.
Apabila Tun Mahathir yang pintar dikatakan tak faham tentang GST, bagaimana pula rakyat biasa ingin memahaminya. Juga jangan beri kepada orang bodoh urus harta walaupun harta sendiri, bantai Dr Asri.
Tun M Tak Faham GST?!
Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!
Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!
Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah individu dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?! – Dr Maza