mandor.blogspot
Malam tadi ada forum menemukan YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dengan Dr
Zuhdi jentik-jentik. Aku sempat mendengar live di Radio D'Pedas FM.
Rengkasnya, malam tadi terbongkar sekali lagi bahawa;
1. Memang wujud usaha PAS untuk bersama Umno pada tahun 2008 di
Selangor dan melantik Dr Hassan Ali untuk menjadi MB Selangor. Namun
usaha itu gagal apabila dibantah oleh YB Khalid Samad sendiri yang hadir
selaku Timb Pesuruhjaya PAS Selangor waktu itu yang beliau pun turut
hadir bertemu Khir Toyo dan Pak Lah. Pemimpin PAS yang hadir waktu itu
adalah Us Nasa, ketika itu Timbalan Presiden PAS dan Mustafa Ali.
2. Memang benar, tahun 2009 di Perak masih cuba diusahakan gabungan PAS
- Umno ketika MB Perak waktu itu adalah YB Nizar. Malang lagi, usaha
itu gagal juga apabila dihalang oleh Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu
iaitu Ustaz Ahmad Awang. Turut membantah adalah Mursyidul Am Pas ketika
itu, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Khabarnya yang menghubungi Pesuruhjaya PAS Perak untuk bergabung dengan
Umno itu adalah yang sekarang katanya telah dilantik sebagai Mursyidul
Am Pas yang baru menggantikan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Apakah sesuai
untuk beliau? Jawapannya memang sesuai sebab usaha untuk bersama
dengan Umno tidak mustahil terhenti.
Alhamdulillah, bagusnya PAS ini adalah kerana tidak semua bodoh untuk
bergabung dengan Umno. Yang ingin bergabung itu mereka mahu cepat naik
dan tidak mahu mengalami kesusahan dalam perjuangan.