Khalid Ibrahim Kuda Trojan UMNO????

Khalid Ibrahim Kuda Trojan UMNO????

Mungkin inilah sebabnya Khalid Ibrahim menjadi duri kepada PKR dan Pakatan Rakyat selama ini.

Rupanya semejak menjadi MB Selangor ini, Khalid Ibrahim menghadapi saman dari BAnk Islam berjumlah RM70 juta.

Namun, tiba2 sahaja Khalid Ibrahim mendapat "penyelesaian" yang membenarkan beliau membayar hutang beliau dgn kadar yang jauh lebih kecil dari RM70 juta. The Edge melaporkan antara yang bertanggungjawab membuat penyelesaian ini adalah dgn bantuan peguam2 UMNO. Bank Islam juga berada di bawah pengusaan penuh UMNO dan Presiden UMNO.
 
Bukan itu sahaja penyelesaian ini di lakukan dengan bantuan Daim Zainuddin.Beliau telah menghantar orangnya untuk bertemu Khalid bagi penyelesaia hutang dengan Bank Islam.

Jadi tak hairanlah KHalid Ibrahim telah:

1) Menyerahkan urusan air di Selangor kepada UMNO dan membenarkan pembinaan LAngat 2.

2) Tidak mahu membantu PR Selangor mempertahankan Selangor dari dirampas oleh UMNO melalui penipuan pilihanraya malahan

3) Membiarkan pegawai2 kerajaan mensabotaj Pakatan Rakyat dgn membiarkan pusat2 urut, judi dan arak haram seluruh Selangor dan telah dijadikan isu besar oleh UMNO menyebabkan PR kalah dgn undi Melayu.

4) Membiarkan pegawai2 kerajaan JPA menaikkan kadar sewa dan lesen sewenangnya yang bakal menyebabkan peniaga2 pasar malam serta pemilik2 kedai membenci PR.

5) Membiarkan kontraktor2 UMNO terus menerus bermaharajalela membolot 90% kontrak2 di peringkat Kerajaan tempatan. Apabila diutarakan perkara ini kepada beliau, semuanya mudah sahaja diketetepi kan oleh beliau

6) Mudah sahaja membenarkan projek MRT dan LRT dilaksanakan di Selangor. PAdahal, pada masa itulah patutnya ditukar ganti dgn mengambil alih semula air tapi mudah sahaja diserahkan oleh Khalid kepada UMNO. Projek MRT itu sebenarnya berjaya membantu UMNO kekal memerintah.

7) SOkongan puak UG yang tidak berbelah bahagi pada Khalid Ibrahim sedangkan kita tahu puak2 UG ni barua UMNO dalam PAS

8) Khalid Ibrahim secara pribadi MENOLAK untuk membantu NGO2 seperti BERSIH dan banyak lagi kerana NGO2 itu mampu melemahkan NGO2 yang ditaja UMNO sebelum 2013 yang lepas.

9) Dia tidak mahu membelanjakan wang membangunkan kawasan2 desa dan kampung di Selangor kerana itulah kubu2 kuat UMNO walaupun telah disuruh oleh Anwar berkali2. Hasilnya UMNO masih mampu menang kerusi2 di kawasan mereka.

10) Menjalankan projek "Air Percuma" yang tiada dalam Manifesto Barisan Alternatif yang tersangat mahal menyebabkan PR tak mampu memenuhi janji2 manifesto yang lain. Tak perlu air percuma. Cukup dgn tidak naik harga air dan air percuma untuk orang miskin.

11) Prestasi PBT yang sangat buruk, jalan berlobang, sampah yg banyak tidak berkutip dsbnya.

Ini cerita2 yang kita tau. Yang kita tak tau mungkin lebih banyak lagi.

Konon Khalid Ibrahim ni bersih dari korupsi tapi rupanya ada udang sebalik batu.

Yang jelasnya tidak mungkin Khalid Ibrahim boleh mendapat tawaran penyelesaian dgn begitu mudah kalau tiada "jasa" yang ditinggalkan kepada UMNO. Bagi Tulang Besi, jasa Khalid Ibrahim secara mudah membenarkan projek MRT di Selangor adalah antara jasa beliau yang sangat besar kpd UMNO.

Tak sabar nak dengar penjelasan Arfa'eza Aziz dan Faekah sedangkan mereka tahu akan perkara ini selama ini.

Apa pun perkembangan ini menandakan perlunya Khalid diganti sebagai MB Selangor.

TULANG BESI

ps Pengalaman Tulang Besi sendiri - Bayangkan, usaha2 yang tiada kena mengena dgn politik seperti membersih daftar pemilih (bantahan) serta mendaftar pengundi baru pun Khalid Ibrahim tidak mahu teribat sama sekali.

Padahal itu adalah tanggungjawab asas mana2 kerajaan negeri pun. Tapi, usaha sebegitu akan merugikan UMNO sama sekali yang bergantung kpada SPR untk menang.

Satu sen pun mamat ni tak keluar untuk bantu usaha mendaftar pemilih baru dan untuk bantahan daftar pemilih utk lawan pengundi hantu, tak sampai RM50k pun dia keluarkan.

Sememangnya dia tahu usaha2 di atas ini akan memastikan UMNO mati di Selangor.


Artikel boleh di baca di sini.

No comments: