Anwar dakwa mahkamah bias dalam rayuan kes liwatnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan perlu ditolak kerana para hakimnya prejudis dan bias terhadapnya.
Ini adalah antara 35 asas petisyen rayuan ketua pembangkang itu dalam rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan petang ini oleh peguamnya Zaleha Al Hayat.
Anwar mendakwa, sikap prejudis Mahkamah Rayuan itu menafikan beliau daripada mendapat perbicaraan yang adil, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – 24 April, 2014.