PRK Dun Kajang: Anak Zahid hasrat bertanding lawan Anwar
“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.
Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.
“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).
“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.
Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.
“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.
Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang.