KES KURANG AJAR........
Pekerja-pekerja
asing yang ‘menguasai’ pasar kini tak ubah seperti tauke apabila
pembeli boleh dimaki sesuka hati ketika membeli barang-barang terutama
barangan basah.
“Kalau tak mahu beli jangan pegang lama-lama. Nanti kalau rosak ikan tu siapa mau ganti? Kita mau jual pun susah.”
Itu
antara jeritan yang terpaksa diterima oleh orang tempatan di kebanyakan
pasar yang semakin dimonopoli oleh warga asing. Jawab salah, tak jawab
pun salah. Daripada bergaduh, lebih baik diam dan akur sahaja apa yang
dilakukan oleh warga asing terhadap orang tempatan.
Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Dahlia berkata, tawar menawar di pasar juga kini perlu dibuat lebih berhati-hati.
“Kalau
kita tawar berlebihan, apa yang kita dapat adalah maki hamun. Ada yang
berani kata kalau tak ada duit janganlah beli ikan mahal. Beli sahaja
ikan murah.
“Sakit
hati saya bila warga asing cakapbegitu dengan kita. Tapi apa nak buat
sebab mereka yang menjaga pasar dan kalau kita marah pun, kita yang
akhirnya akan dapat malu sebab mereka ramai dan boleh jerit balik dengan
kita,” katanya.
Bercerita tentang pengalaman, kata Dahlia, keadaan dulu dengan sekarang amatlah jauh bezanya.
“Dulu
walaupun orang Cina yang berniaga, masih ada budi bahasa kerana mereka
orang tempatan. Kita boleh bergurau lagi waktu membeli.
“Sekarang
ni kita pulak yag kena ikut rentak peniaga warga asing. Walaupun mereka
ni hanya pekerja tetapi mereka berlagak seperti tauke dan tidak ada
langsung rasa hormat dengan pelanggan,” ujarnya.
Seorang lagi pembeli, Norita Osman berkata, dia tidak minat untuk membeli lauk pauk di pasar yang pekerjanya warga asing.
“Tak
sukalah tengok cara mereka melayan pelanggan. Biadap dan kurang ajar.
Mereka ni langsung taka da rasa timbang rasa dan kalau nak marah pun
ikut suka dia.
“Saya
lebih selesa beli di pasar raya sebab selain bersih, masih terdapat
pekerja tempatan yang ada budi Bahasa bila berurusan dengan pelanggan,”
jelasnya.
Norita
yang bertugas sebagai guru menyarankan kerajaan agar memantau
pekerja-pekerja asing yang diambil bekerja di pasar-pasar bagi
memastikan mereka sedar diri bahawa ini bukan negara
mereka.--MalaysiaGazette