SILA LETAK JAWATAN
Hari ini Januari 7, 2014. Seminggu sudah berlalu dan suasana di Malaysia masih seperti tahun lepas.
Perbalahan yang sama, isu yang sama dan penyelesaian yang sama. Tiada kemungkinan berterusan, atau "Endless Possibilities", di sini.Nampaknya Putrajaya perlu menukar atau meluaskan pandangan.
Berikut disertakan beberapa petunjuk bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan meneraju
1. Sila duduk di rumah
Bagi mana-mana ahli politik, hanya tunggu masa sahaja sebelum mereka menjadi bahan lawak rakyat. Tun Abdullah Badawi sendiri dapat merasakan masanya akan berakhir sebaik sahaja beliau mula dipanggil kaki tidur, 'Mr Sleepy', 'Slumberjack', dan sebagainya.
Pedulikan yang beliau menghidap apnea tidur. Di minda rakyat, yang membezakan era Abdullah ialah kenyataan bahawa beliau sering tertidur ketika bertugas.
Dalam masa yang singkat, pihak yang berkecuali juga turut menggunakan pelbagai panggilan untuk merujuk
Abdullah. Sejak itu, perdana menteri pada masa itu meluangkan lebih masa mempertahankan dirinya daripadatugas mentadbir.
Najib sudahpun hampir ke tahap itu. Pengkritik menganggapnya perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatandi waktu rakyat betul-betul memerlukannya. Walaupun belum sampai ke skala pemberontakan penuh, tetapi penyokongnya sendiri tertanya-tanya tentang tabiat menghilangnya setiap kali adanya krisis di Malaysia.
Beliau suka melancong. Hong Kong, Las Vegas, Monaco, Sydney, London. Kebanyakan masa, untuk urusan rasmi, tetapi beliau juga mempunyai kecenderungan untuk bercuti luar negara atau menyambut tahun baru di luarMalaysia.
Jadi apabila isu seperti serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia meletup, beliau tidak dapat
dihubungi. Bila beliau akhirnya membuka mulut, masanya sudah terlambat, dan terlalu banyak kata-kata provokatif sudah dilemparkan.
Para pengkritik juga setuju, walaupun Najib ada di Malaysia, beliau terus membisu dalam berhadapan dengan isu sensitif, takut terkena penangannya. Sedih tapi benar.
Namun, tak perlulah kita berangan. Sebagai permulaan, cuba kurangkan bercuti dan melancong supaya apabila bercakap tentang sesuatu isu, tidaklah kedengaran seperti pelancong.
2. Usahlah bercakap seperti pelancong.
Akhirnya Najib bersuara tentang serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia. Beliau menyeru untuk bertenangdan berdialog. Baiklah. Lebih baik lagi jika beliau dapat angkat gagang telefon dan sampaikan pesanan tersebutkepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang tampak terlalu gembira menggalakkan perangai samsengUmno Selangor.Ketenangan dan dialog. Setiap seruan untuk berdialog diketepikan Umno, Perkasa dan jabatan Islam di bawah kawalan Umno.
Perdana Menteri meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan atas isu kalimah Allah, dan
akur kepadanya. Di sinilah masalahnya.
Selapas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa akhbar mingguan Katolik Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah, bukankah beliau sendiri berkata keputusan itu hanya melibatkan Herald?
Jika mengikut hujah tersebut, keputusan yang bakal dibuat Mahkamah Persekutuan tidak akan mempunyai kesan terhadap tindakan pegawai Jais yang merampas 300 Bible Bahasa Malaysia.
Apa yang jelas adalah: dengan menyerbu dan merampas kitab suci, Jais telah melanggar penyelesaian 10-perkaraantara kerajaan Najib dan penganut Kristian. Tiang perjanjian tersebut adalah keputusan kerajaan yangmembenarkan impot dan pengedaran Bible Bahasa Malaysia.
Jadi adakah Najib sudah terkeliru atau beliau lupa tentang isu sebenar di hadapan Mahkamah Persekutuan dankesan serbuan Jais? Apapun alasannya, perdana menteri kita umpama pelancong yang baru berjinak
dengan isu-isu Malaysia.
3. Barisan Nasional (BN) jauh terasing dari rakyat biasa
Mereka tidak peduli. Inilah menteri dan ahli politik yang berbelanja mewah dengan majlis dan
jamuan. Mereka tidak dapat faham apa hebohnya, dan mengapa portal berita dan rakyat Malaysia terkejut dengan perbelanjaan majlis perkahwinan mahupun sambutan harijadi yang memakan belanja beratus-ratus ribu ringgit.Beginilah cara mereka hidup sekian lama. Cerut berharga beribu ringgit. Jam tangan RM300,000. Kereta mewahRM1 juta. Apartment RM10 juta di London.
Tiada rasa takut apabila rakyat Malaysia bertanya soalan asas ini: bagaimana menteri dengan gaji
RM20,000 sebulan dapat hidup dalam kemewahan seperti bintang Hollywood, atau David Beckham?
Mereka tidak merasa jelak atau berdosa berbelanja besar sedangkan sebuah keluarga biasa ditimpa beban peningkatan kos sara hidup.
Pemimpin Umno/BN, dari peringkat paling rendah sehingga yang paling tinggi, merasakan diri mereka kebal kerana pilihanraya umum dan pilihanraya parti sudah berakhir dan mereka bergelumang dalam kuasa untuk tiga tahun lagi.
Kelak mereka akan mula melontarkan janji manis mereka, sambil berkempen untuk kembali berkuasa penggal seterusnya. Sehingga itu, mereka akan berada di Putrajaya sementara rakyat Malaysia bergelut mengharungi tahun 2014.