SIAPA KATA SAYA NAK MASUK Umno. SAYA SUDAH LAMA TINGGALKAN

56 TAHUN MERDEKA ISU KAUM BELUM SELESAI-WRLR




Kuantan- Sambutan aidilfitri PKR Pahang diteruskan  dirumah  ahli parlimen Indera Mahkota ,  Dato Fauzi Abdul Rahman.Turut sama hadir ketua pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim,Ahli Parlimen Kuantan , YB Fauziah Salleh, ADUN Teruntum, YB Chen Chung,ADUN Balok  YB Anansura.

Anwar yang sempat berucap menjelaskan bahawa Merdeka menjanjikan kebebasan, keadilan,dan menolak  sistem hina kaum,hina agama lain dan ini  sudah tidak perlu lagi jika pimpinan juga sudah merdeka.Menurut beliau lagi isu yang sengaja dibangkitkan ini mengina agama dan kaum lain.



“Apa erti 56 tahun merdeka, kita masih tidak berubah soal kaum masih belum selesai, isu aniing ,isu kaum,masih belum selesai.Kerana filem kerajaan umno buat seolah-olahya menunjukkan Cina kaum jahat dan Melayu baik.Sepatutnya kita terangkan apa jasa kaum Cina,Kaum India,Kadazan,Dusun dan lain-lain kaum di seluruh Malaysia ni.Itu baru kita dapat satukan  dan selsaikan masalah kaum lain.Ianya harus melibatkan semua kaum yang lain” Jelas beliau lagi.



Anwar juga menjelaskan tentang isu ekonomi, Beliau menyatakan soal ekonomi Negara yang kelihatan berat . Bila flitch International jelaskan tentang keberhutangan negara dan juga kejatuhan negatif ranking dunia,  ianya menunjukkan  bahawa Negara kita dalam keadaan yang teruk, manakala jenayah pula meningkat.Jenayah tembak berlaku mendadak.

Anwar  juga menjelaskan bahawa tujuan ingin bertemu ialah bagi membincangkan masaalah Negara,Isu kaum dan  agama dan  jangan adanya pergaduhan ,jenayah, ekonomi. 

"Saya akan disertai Hj Hadi, Kit Siang kalau setuju.'
“Ada orang kata saya nak masuk Umno,Sedangkan saya dah lama tinggalkan Umno.Kita nak bincangkan masaalah rakyat.Ini tidak ,asal nak jumpa syarat. Kita boleh bincang, tapi Isu rasuah kena hentikan dulu.Isu minyak anak Mahathir kena hentikan dulu la.Ajak bahas tak mau .Ingat luar Negara tak tau ka.Kita 51% dan Bn 47% “


Isu anjing pula selesai sejak tahun 1936.Isu ini dah lama diselesaikan oleh Raja dan Mufti dan orang yang pakar dalam bidang agama. 56 tahun merdeka isu masih tidak selesai. 

“Ada gambar sultan dan mufti di ketika isu ini diselesaikan berkaitan bergunanya anjing kepada manusia. Kalau isu anjing ini diperbesarkan,kononnya memalukan Islam.Itu isu San Miguel dan curi balak tak malukan Islam?”





Beliau berkata demikian dan mendapat tepukan dari hadirin,Baru-baru ini Mahathir menyatakan bahawa orang Melayu masuk Umno kerana nak jadi kaya. Sedangkan anak-anak beliau sendiri mendapat kontrak berbillion dari kerajaan

No comments: