Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah
(Oleh Mohd Arif Juhani)KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.
Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan, Harakah (1,062) dan The Rocket (70)
KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang
.
“Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984.
“Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010,” jawabnya melalui Jawapan Lisan.
Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.
Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54217