KU LI SASARKAN JAWATAN PM? |
Written by Admin |
Thursday, 13 June 2013 22:07 |
MESYUARAT....Tengku Razaleigh telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber.
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA
LUMPUR : Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli
Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha
untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24
Jun, kata sumber.
The Malaysian
Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat
di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan
strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil
alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau
hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi
222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih
diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk
menjatuhkan Najib.
“Sesetengah
ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan
kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The
Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS
dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan
raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat
133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada
Pilihan Raya 2008.
Sekutu
PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen
dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan
itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu
sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi
oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan
tertinggi itu.
“Pemilihan
untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau
Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir.
Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku
Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber
kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua
Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Kem
Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang
penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi
buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha
politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal
bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai
menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan
Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen
terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan
jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan
tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas
hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi
membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli
Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini
selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN
mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.
Walau
bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan
menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti
SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat
kerusi Parlimen.
Sebaliknya
MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka
mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib –
yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana
Menteri. (TMI)
|