Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’
Sidiqin Omar
KUALA
LUMPUR 2 APRIL: Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan
Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan
graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh
ditonton melalui Youtube.
Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik ,
video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan
dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan
jumlahnya terus meningkat.
Video
berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot
terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang
bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang
kelihatan tertekan.
Difahamkan,
video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook
‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan Eddie Putra, penyelaras informasi
pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di
babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur
spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar
Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)
Meskipun
sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya
dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai
kreativiti menarik.