Ada Projek Sekat Perjalanan Ke Putrajaya Dari Kalangan Pakatan Sendiri?
Inilah intri yang dimaksudkan itu. |
Saya memberi peringatan itu agar tidak ada yang menangis atau pengsan nanti apabila perkara itu sudah terbuka dan terbakar di dunia luas. Tujuan juga supaya anda tidak akan terkejut beruk setelah ia sampai ke telinga atau anda melihat sendiri peristiwa atau kejadian itu.
Ekoran intri itu ramai yang menghubungi saya dan menyatakan kebimbangan. Ramai mendesak saya menceritakan kepada mereka kalau pun secara umum tetapi secara personal, sulit. Mungkin ramai juga yang waswas dan beranggapan saya bergurau dan memberi satu gimik baru politik sebaik kembali dari tanah suci untuk hilangkan mengantuk sementara menanti pembubaran parlimen yang sudah beberapa kali tertangguh.
Nampaknya saya tidak perlu membiarkan persoalan itu lama berputar di dalam kepala anda sehinggakan ada yang sudah pening dan tidak lalu makan. Malam ini atau pagi esok saya akan lepas sebuah catatan merupakan spekulasi mengenai perkara itu. Ianya bersangkutan dengan misi rahsia pihak tertentu untuk mengagalkan perjalanan ke Putrajaya,
Saya kini sedang menanti beberapa dokumen, ataupun 'alibi' dan juga gambar berkenaan. Sebaik semua itu sudah saya terima saya akan lepaskan di blog ini. Cuma saya hendak mengingatkan jangan ada menuduh saya mengkhianti mana-mana pihak dengan apa yang didedahkan itu. Sebaiknya orang yang terlibat dalam 'projek' ini mengakui dan angkat tangan sebelum saya melepaskan peluru.
Menyerahlah sebelum anda diserang! [wm.kl. 2:56 pm 19/02/13]
Siapa PIMPINAN SYURA PAS Bersama SOI LEK?
Gambar pimpinan Majlis Syura, tidak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia bersama-sama Soi Lek.
Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya. Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan.
Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan BN) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul. Percayalah jika pada ketika itu masing - masiong membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan te