Tujuh lokasi bergerak ke Stadium Merdeka
dikemaskini Penganjur
Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya berkumpul di
tujuh lokasi untuk bergerak ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan
Sabtu ini bermula.
Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, tujuh lokasi tersebut dan pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:
Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)
Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar
KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)
Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)
Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)
Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)
Menurut seorang ahli jawatankuasa penganjur, Hishammuddin Rais, pengumuman mengenai pemimpin kumpulan di lokasi tersebut diminta oleh pihak polis.
Hishammuddin juga mengumumkan pihak penganjur tidak menggalakkan peserta menggunakan kenderaan persendirian dan menggesa mereka menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi berkenaan.
Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah.
Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium.
Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan.
"Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya.