Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras
Semasa Himpunan Kebangkitan
Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas Najib juga mengadakan
himpunan di Rinching dengan kaum India
dan masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua perhimpunan ini menampakkan
perbezaan dan perbezaan itu menampakkan jauhnya perselisihan ‘mentaliti’ dua
puak yang berjuang dalam politik.
Di Stadium Merdeka, ratusan ribu
rakyat berhimpun dengan bersama-sama berbelanja untuk membayar bil perhimpunan
itu termasuk pembayaran sewaan Stadium Merdeka yang berjumlah RM100 ribu kepada
syarikat pengendali stadium bersejarah itu. Sokongan ramai dengan bersama-sama
menanggung kos perhimpunan itu oleh peserta perhimpunan itu mengingatkan kita
kepada keadaan semasa rakyat bersama-sama menderma untuk perbelanjaan rombongan
pimpinan kita ke London
untuk menyempurnakan tuntutan itu. Rakyat yang serius mahukan perubahan telah
memberikan sumbangan wang ringgit dan barang kemas untuk mengumpulkan
perbelanjaan untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan terhindar dari tekanan dan
cengkaman penjajah.
Rakyat khabarnya memberikan derma
mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak banyak mereka akan menderma
sedikit. Kata perpatah, ‘kalau banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama’.
Yang penting semua yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai
matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan
negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran rakyat.
Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam ‘mentaliti’ rakyat keseluruhan mesti di
perbaikki.
Oleh kerana UMNO terlalu lama
memerintah rakyat, pemikiran mereka (rakyat) telah jauh di selewengkan oleh
parti itu sehinggakan parti itu mewujudkan ciri-ciri sebagai pembawa dalil-dalil
hari hendak kiamat. Pemikiran setengah rakyat telah dirosakkan sehinggakan yang
baik di katakan salah dan yang salah di katakan benar. Pihak yang baik di
ketepikan dan di pinggirkan sebaliknya yang jahat dan ternoda bermaharajalela.
Yang nampak jelas melakukan
maksiat rasuah bercakap dan berjanji untuk membela rakyat semua kaum dan isu
ini meruipakan isu yang sudah kita dengar sejak puluhan tahun dahulu setiap
kali pilihanraya tiba. Sekarang mereka masih berjanji dan merayu untuk di
berikan peluang untuk terus berkuasa dengan mendapatkan mandat rakyat yang
sedang dalam pencarian itu. Amat payah untuk menerima janji-janji mereka yang
rasuah untuk berbuat baik kerana kerja rasuah ini merupakan kerja yang paling
hina di sisi agama dan Tuhan. Perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan
dengan baik, kerana setiap keputusan itu ada terselit kepentingan pihak
tertentu termasuk diri dan keluarga sendiri.
Tidak masuk kedalam akal yang
berfikir, bagaimana yang rasuah dan mencuri itu berjanji akan berbuat baik dan
boleh diletakkan masa depan kita serta generasi kita yang akan datang. Pemimpin
yang telah dan masih melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu pergi
keseluruh negara menjanjikan rakyat masa depan yang cerah dengan segala teori
transformasi dalam semua bidang itu.
Pemimpin-pemimpin yang sedang bergelumang
dengan segala noda rasuah menggunakan wang
dan harta rakyat dengan selamba mundar mandir memberikan janji-janji yang kita
selalu dengar sejak kita mula membuka mata kita puluhan tahun dahulu. Itu lah
sebabnya kita melihat kesedaran rakyat tidak boleh di tutupi lagi dan
manifestasi mereka terlihat dalam himpunan kebangkitan rakyat yang mendapat
sambutan ratusan ribu rakyat itu.
Nun di Semenyih (Rinching)
pemimpin terbesar BN telah berjumpa rakyat memberikan 5 kg beras seorang seolah
5 kg itu boleh memberikan kehidupan seumur hidup bagi rakyat yang rata-rata
miskin itu. Kehadiran di Rincing tidak ramai dan itu ada lah fakta jelas.
Tetapi kalau ditanya Rais Yatim di Rincing itu jumlah kehadiran lebih besar
dari kehadiran di Stadium Merdeka.
Bagi Rais Himpunan Rakyat di
Stadium Merdeka itu hanyalah 30,000 orang sahaja dan itu adalah tabiat beliau
yang selalu memperbodohkan rakyat. Mungkin beliau (Rais) berfikir hanya beliau
sahaja yang pernah ke sekolah dan yang lain tidak tahu mengira dan mengagak
yang mana yang ramai dan yang mana yang tidak ramai. Bagi saya ibu saya yang
miskin pun telah menghantar saya kesekolah juga sikit-sikit.
Itulah sebabnya saya sekarang ini
boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira
kehadiran itu masih boleh saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir
memberikan sokongan di Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan
dari berbilang kaum pula.
Apa yang menyedihkan apa bila
Perdana Menteri datang ke sesuatu tempat dan daerah beliau amat bergembira
melihat rakyat berebut-rebut di tepi lori yang membawa beras dan sebenarnya
itulah cara UMNO mendapatkan undi selama ini. Itulah sebabnya ramai di antara
rakyat memberikan pandangan yang agak ‘conclusive’, UMNO akan kekal berkuasa selagi
rakyat masih miskin kerana kemiskinan rakyat itulah di jadikan umpan untuk
mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.
Apa yang berlaku di Rincing,
Semenyih itu adalah simbolik kepada sikap UMNO yang sebenarnya. Berikan beras 5
kg kepada yang miskin UMNO akan mendapat sokongan dan terus bermaharajalela.
Undi hanya bernilai 5 kg beras sahaja nampaknya. Cara UMNO mengambil hati
rakyat ialah dengan memberikan bantuan dengan 5 kg beras samalah seperti
memberikan bantuan mangsa banjir sahaja. Kita tidak nampak bagaimana gulungan
ini akan menambah pendapatan untuk mencecah USD15 ribu setahun menjelang 2020
nanti. Tidak ada sesiapa yang mempunyai sedikit keupayaan untuk berfikir yang
gulungan ini akan mencapai matlamat berpendapatan USD15 ribu setahun itu.
Peningkatan pendapatan ketahap
itu tidak boleh di capai dengan hanya memberikan bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BRIM) dan pembahagian beras yang 5 kg itu. Pendapatan sebanyak yang di
cita-citakan itu tidak akan dapat di capai dengan bayaran ‘one off’ sebanyak
RM1000 kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan memberikan bantuan RM100
kepada kanak-kanak sekolah.
Saya tidak tahu samada saya masih
hidup lagi pada tahun 2020 nanti, tetapi saya tahu sesiapa yang masih hidup
dalam tahun itu nescaya akan melihat kegagalan cita-cita itu.
Semalam Najib berkata BN perlukan
mandat besar untuk menyelesaikan masalah kaum India. Tetapi bukankah BN telah
mendapat mandat sejak negara merdeka. Kenapa kaum India masih tidak dapat di
selesaikan? Setiap kali pilihanraya BN telah di berikan mandat tetapi dengan
kenyataan beliau semalam, jelas merupakan pengakuan yang BN telah gagal
melakukan sesuatu terhadap kaum India.
Kalau selama 55 tahun memerintah
kaum India masih ketinggalan
seperti yang di akui Najib itu apakah masih ada prospek kaum India untuk maju jika masih
memberikan mandat kepada pihak yang telah gagal melaksanakan janji selama ini?
Elok kita bertanya kepada Najib,
bagaimana kaum India hendak
memberikan keyakinan jika mereka (kaum India) tahu selama ini BN adalah
parti yang gagal terus-terusan untuk membela mereka. Kaum India sendiri akan bertanya kaum
Melayu pun jauh ketinggalan walaupun negara ini telah di pimpin oleh orang
Melayu sejak merdeka.