Dr M kata PR akan memerintah selama-lamanya. Saya setuju
Jumaat lepas Mahathir telah bercakap lagi, kali ini di Lembah Pantai. Walaupun usia sudah begitu lanjut Dr M tetap mundar-mandir berkempen untuk kemenangan BN dalam pilihan raya nanti. Mahathir tidak ada masa untuk menjadi seorang negarawan tetapi beliau tetap seorang ahli politik semata-mata. Tetapi itu pilihan beliau sendiri.

Dr Mahathir berkata jika Pakatan Rakyat
memerintah ia akan memerintah sampai bila-bila dan tidak akan berpeluang
lagi bagi BN untuk kembali ke Putrajaya jika rakyat memberikan mandat
kepada Pakatan Rakyat kali ini.