AELB: Lynas diberi TOL dengan bersyarat

KUALA LUMPUR, 8 Sept ― Lynas telah diberikan lesen pengoperasian sementara (TOL) dengan syarat yang ketat, antaranya syarikat perlombongan Australia itu sendiri yang akan membuang sisa berbahaya nadir bumi itu, kata badan perlesenan tenaga atom (AELB) dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, hari ini.

“Pada 30 Januari 2012, kami telah meluluskan TOL kepada Lynas dengan tertakluk beberapa syarat.
“Lynas telah mengemukakan dua surat akujanji, satu dari Lynas Australia, yang berjanji akan membawa sisa merbahaya itu keluar, dan satu lagi dari Lynas Malaysia Sdn Bhd, turut mengesahkan perkara yang sama.
“Komitmen mereka juga diumumkan dalam kenyataan media dan sidang media mereka, pada 27, 29 dan 30 Ogos 2012, dan dilaporkan secara meluas di kedua-dua negara Malaysia dan Australia,” menurut kenyataan media AELB tersebut.

Pada sidang media yang berlangsung semalam, segala syarat-syarat telah diterangkan dan peraturan itu masih dikekalkan untuk Lynas, termasuk dua syarat tambahan yang diberikan oleh menteri sains, teknologi dan inovasi dalam sub-seksyen 32 (5) Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).
“Jadi ia tidak timbul masalah dan AELB sendiri akan memantau Lynas dalam hal ini,” menurut kenyataan media itu lagi.
Pada Khamis yang lalu, kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berkata Lynas dan pihak berkuasa harus menunjukkan secara terperinci pembuangan sisa, kerana Australia tidak akan membenarkan Lynas untuk membawa sisa ke sana.

Pencinta alam sekitar juga telah berkata, perpindahan sisa berbahaya melibatan sempadan negara dikawalselia oleh Konvensyen Basel, dan ia hampir mustahil untuk Lynas mencari negara lain yang sanggup menerima jutaan tan sisa nadir bumi ini.
Lynas berkata pada April yang lalu, kelewatan untuk mendapatkan lesen untuk fasiliti tersebut, yang sepatutnya pada bulan Januari, telah mengakibatkan kerugian serius, kerana jumlah harga nadir bumi yang bernilai RM80 billion itu untuk 10 tahun yang akan datang.
Kemarahan orang awam terhadap Lynas telah menyuburkan gerakan hijau di Malaysia dan mungkin memainkan sentimen pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Awal tahun ini, ribuan orang ramai berhimpun di Kuantan untuk memastikan kerajaan untuk menutup pusat pemprosesan nadir bumi itu.

Minggu lalu, lima penduduk Kuantan telah cuba menghalang Lynas Corp dari beroperasi apabila mereka mendapat perintah mahkamah untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong nadir bumi Australia itu.