Guan Eng: Kemana Hilang RM1.1 Juta Pada Umno P.Pinang

PULAU PINANG, 1 FEB: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meggesa Umno Pulau Pinang menjawab kemana hilangnya peruntukan RM1.1 juta yang diperuntukan Pusat untuk membantu 22 keluarga miskin tegar di negeri tersebut.


Menurut Lim, peruntukan dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLW) itu membolehkan 22 keluarga tersebut menerima RM50,000 setiap keluarga.

Kenyataan Lim tersebut ekoran Penasihat KLW yang juga Pengerusi Pehubungan Umno Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman dalam laporan media Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009.

Dalam kenyataan Zainal tersebut menyatakan kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah PR gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

Susulan itu, Zainal berkata peruntukan RM1.1 juta diperuntukan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

Menurut Lim lagi, Exco Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 bagi mendapatkan maklumat berhubung 22 keluarga terbabit.

Malangnya tiada sebarang jawapan dari Zainal maupun maklumat berhubung 22 keluarga miskin tergar terbabit.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009.Namun tiada sebarang perkembangan dipalorkan setakat ini.

Sehubungan itu Lim mencabar Zainal untuk mendedahkan 22 kelauarga yang menerima RM50,000 tersebut

"Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak- pihak tertentu? UMNO dan Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak." jelas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Kata Lim, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011, sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 buah keluarga setiap bulan.

"Ini sekaligus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Pulau Pinang.

Kini, Kerajaan Negeri telah bersetuju menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga.