UMNO Pelawa PAS Sebab Terdesak Dalam BN


SHAH ALAM, 30 APRIL : UMNO telah ditolak oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan kerana terdesak Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa mempelawa Pas bekerjasama dengan mereka bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Najib meminta Pas menyertai UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak memperjuangkan Islam.

Menurut Mahfuz, Pas tetap akan terus setia bersama Pakatan Rakyat dan yakin pergolakan dalam Barisan Nasional sekarang mampu memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan Negara dalam Pilihan Raya akan datang.

"Jadi kita nak beritahu dia bahawa kita ucapkan terima kasih kepada UMNO dan kita kata bahawa kita akan terus setia bersama Pakatan rakyat kerana kita yakin bahawa kesan daripada pergolakan yang brlaku dalam Barisan nasional ityu mampu untuk membawa kekuatan baru kepada pakatan Rakyat untuk menang dan mengambil alih mandate pemerintahan Malaysia pada pilhan raya umum akan datang," kata beliau kepada TV Selangor hari ini.

Beliau mengulas ucapan Najib pada Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu hari ini.

UMNO secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' bersama dua parti itu tanpa memperdulikan komponen lain dalam Barisan Nasional.

Bagaimanapun PAS nyata tidak mempercayai parti yang terkenal dengan penipuan dan korupsi itu, tambahan pernah dikhianati UMNO pada tahun 1977.

Justeru Mahfuz turut meminta parti-parti komponen Barisan nasional memecat UMNO daripada gabungan parti itu.

"Dan saya minta supaya semua parti-parti Komponen Barisan Nasional supaya ingat masa terbaik untuk memecat UMNO daripada Barisan Nasional," kata beliau

Malah menurut Mahfuz lagi, kerjasama DAP dengan PAS jauh lebih baik dari kerjasama MCA dengan UMNO jika dilihat dari segi keharmonian dan saling menghormati antara mereka.

“Ya-ya sama dengan UMNO bersekongkol dengan MCA yang tak memperjuangkan Melayu dan Islam.”

“Dan dia lupa dan dia juga bersekongkol dengan MCA yang juga menghina Islam, cabar Melayu, cabar Utusan melayu , paling tidak DAP menghormati pegangan prinsip Islam yang diperjuangkan Pas.”

No comments: