Anwar :Najib Bergantung Kepada "Politik Lucah" Untuk Menang PRU


KUALA LUMPUR 28 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan fitnah video lucah sebagai modal politik untuk melemahkan pembangkang.

"Strategi utama Najib ialah mengguna video lucah, institusi awam dan media seperti Utusan Malaysia, Agenda Daily dan Tv3 untuk mengaibkan. Mereka tak boleh lawan kita di atas isu polisi. Jadi dia terpaksa gunakan politik lucah," kata Anwar.

"Ternyata Umno dan kepimpinannya terdesak dan Najib harus menjawab mengapa jenayah pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting dalam mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini," tambah beliau selepas member kenyataan tambahan kepada polis di Ibu pejabat Dang Wangi Kuala Lumpur petang tadi.

Anwar berkata demikian selepas memberi kenyataan tambahan kepada polis susulan tindakan Datuk T menayangkan video lucah pada 21 Mac lalu dan mendakwa beliau adalah pelaku dalam rakaman berkenaan.

Datuk T yang merangkumi Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim turut mengugut Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik jika tidak mahu video itu didedahkan kepada umum.

Anwar membuat laporan polis terhadap tiga individu itu. Dua klip pendek dari rakaman 221 minit itu dimuat naikkan oleh pihak tertentu sejak 4 April lalu.

Ketua Pembangkang itu berkata tindakan nekad pihak Datuk T menayangkan video itu secara terbuka di sebuah hotel dan seterusnya klip rakaman itu dinaikkan ke YouTube menzahirkan pihak yang bertanggungjawab mempunya perlindungan polis.

"Mana ada di negara ini orang boleh terlibat secara terang menyebarkan (video lucah) tanpa sebarang tindakan kalau polis tidak beri perlindungan," jelas beliau.

Ditanya oleh seorang wartawan arus perdana sama ada beliau mempercayai kewibawaan polis, Anwar berkata “Anda percaya sebab anda belum kena.”

Ketua Pembangkang itu seterusnya merujuk kepada kenyataan bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mengesahkan campurtangan langsung polis dan Peguam Negara Gani Patail untuk menjatuhkan beliau.

“Kalau baca laporan Datuk Zain, pegawai penyiasat kes saya dan dia mengatakan tolong pulihkan tahap profesionalisma polis kerana ia telah terjejas akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Ini tuduhan dia kepada Musa Hassan dan Ghani Patail yang belum dijawab,” kata Anwar.

Anwar berkata Najib memperalatkan media arus perdana untuk berkelakun biadap semata-mata bagi mengembar-gemburkan fitnah yang ditabur.

"Sekarang stategi utama oleh Najib menggunakan pornografi termasuk media (TV3 dan Utusan) untuk menyebarkan fitnah. Mereka tak boleh lawan kita isu polisi termasuk rasuah, pemerintahan. Jadi mereka terpaksa mengalih pandangan melalui perbuatan keji untuk menjatuhkan karaktor seseorang,” kata beliau.

Pada sidang akhbar itu, wartawan TV3 sekali lagi cuba mendapatkan reaksi Anwar bersabit isu jam Omega dan sama ada Ketua Pembangkang itu akan menyerahkan DNA kepada pihak polis.

"DNA apa yang kamu mahu mahu? Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain," tegas Anwar kepada wartawan itu.

Wartawan berkenaan kemudian cuba mendapatkan reaksi Anwar terhadap cabaran ahli perniagaan Shazryl Eskay supaya hadir bersamanya melafazkan sumpah laknat bersabit isu video lucah.

Anwar yang sebelum ini bersetuju isu itu ditangani mengikut hukum qazaf , bertanya sama ada wartawan itu faham hukum haram sumpah laknat namun tidak mendapat respon.

"Hukum mana suruh angkat sumpah? Tak boleh jawab, tak payah,” Anwar memberitahu wartawan itu sekali lagi.

Anwar berkata orang yang membuat sumpah laknat seharusnya memeriksa diri sama ada beliau bebas daripada dosa besar untuk membuat tuduhan terhadap pihak lain dan melafazkan sumpah itu.

"Kalau kita rujuk kenyataan Dr Asri (bekas mufti Perlis) , pertama ikut hukum syariah dan mahkamah syariah. Kedua kalau ikut syarat Islam, orang yang angkat sumpah dalam hal seperti ini harus bebas dari dosa besar maknanya tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina," kata Anwar.

Selain Dr Asri, dua tokoh agama – Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria dan Badrul Amin Baharom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syarak Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Datuk Harunsani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah.

Dia tuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi kena bawa bukti,” tambah beliau.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

BILA SATU KEMENTERIAN DI BERI 3 JANTAN JAGA....

  Gaduh duit negara dah kurang. Kabinet paling ramai. Waktu kerajaan PH dulu, satu kementerian yang hanya satu menteri boleh jaga hal Sain, ...