KERDAU : SALAHGUNA KUASA Umno

Ini sumber buletin online....lihat sini

GAMBAR- MEWAHNYA UMNO BERBELANJA DI KERDAU


- sewa tanah MARTEK RM20,000, Peruntukan setiap Felda RM4 juta-BULETIN ONLINE


TEMERLOH - Parti Umno dan Barisan Nasional (BN) masih menganggap rakyat tidak mengetahui tentang peraturan dan terus mahu mengeksploitasi harta rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata beliau akan mengemukakan bantahan ketika pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Khamis, 24 Februari.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga premis kerajaan telah digunakan oleh Umno-BN sebagai bilik gerakan dan pusat operasi parti itu.

"Kita akan kemukakan bantahan kepada SPR dalam pertemuan esok,"katanya ketika ditemui Buletinonline di Markaz Besar Pilihanraya, Darul Hikmah, disini semalam.

Katanya, antara premis tersebut adalah Dewan Abdullah Kia di Kampung Paya Taram, yang terletak dipinggir jalan besar ke Jerantut

Selain itu, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dan Perpustakaan Desa Kampung Pandan turut menjadi mangsa.

"Dewan Abdullah Kia dijadikan bilik gerakan gerakan Umno Kampung Paya Taram, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dijadikan pusat logistik dan serta sebuah Perpustakaan Desa di kampung Pandan dalam daerah menundi Sri Tanjung,"ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/PerpusatakaandesaKgPandanUPUSriTanjunga.JPGOleh itu, beliau menyeru supaya SPR bertindak telus dan adil dalam mengendalikan PRK Kerdau

Sementara itu, orang ramai kesal dengan tindakan kerajaan Umno-BN membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat untuk PRK Kerdau.

Seorang warga peneroka Felda yang ditemui memaklumkan, setiap rancangan Felda telah diperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan program kempen Umno-BN,

Beliau yang tidak mahu dikenali kesal dengan tindakan kerajaan dan menyifatkan ianya suatu pembaziran.

Menurutnya, adalah lebih bermanfaat sekiranya kerajaan menggunakan wang tersebut untuk mengurangkan kenaikan harga barangan keperluan.

Sehubungan dengan itu, tinjauan Buketinonline mendapati sekurang-kurangnya tiga kem polis MARTEK dibina dalam kawasan DUN Kerdau.

Buletinonline dimaklumkan sebuah MARTEK yang sedang dibina berdekatan Markaz Besar Pilihanraya PAS telah membelanjakan RM20,000 hanya untuk menyewa tanah sahaja.

Walaupun begitu, sumber Buletinonline memberitahu, pihak polis menghadapi kesukaran untuk menempatkan anggotanya mulai esok kerana MARTEK tersebut belum siap.

"Kelam kabut polis itu adalah disebabkan keputusan pihak SPR yang dipercayai dipengaruhi Umno, membuat dua pilihanraya serentak,"kata sumber tersebut

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0657.JPG