Pemimpin Pakatan Perlu Bantu Blogger

Pemimpin Pakatan Perlu Bantu Blogger

E-mel Print PDF

Saya tertarik dengan satu posting dari blogger milosuam berkaitan dengan kedudukan dan prestasi blogger pro pakatan dan blogger pro kerajaan yang memerlukan penilaian dan tindakan segera dari semua pihak. Berikut adalah tulisannya yang diterbitkan kembali untuk tatapan pembaca blog cinaislam.

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia 28 Nov lalu, top 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking, menunjukkan senarai blogger mesra kerajaan / pro kerajaan, mendominasi kedudukan teratas blog - blog yang sering dikunjungi oleh pembaca (memiliki traffic yang tinggi).

Kalau dilihat senarai ini menggambarkan blogger mesra kerajaan kini berjaya mendominasi senario media baru di dalam melancarkan serangan cyber dan propaganda dari kedua - dua pihak. Apa yang jelas, prestasi blogger pakatan rakyat kini semakin menurun.

Menyedari kepentingan media baru yang menjadi penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, blogger pro kerajaan tampak bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan balas bagi pihak kerajaan.

Senarai kedudukan blog - blog politik ini menggambarkan betapa tersusunnya koordinasi blogger - blogger yang pro kerajaan. Apa yang jelas, mereka sering kali mengadakan pertemuan, forum, diskusi, secara bersua muka di dalam merancang serangan demi serangan kepada kerajaan pakatan rakyat

Justeru itu pergerakan mereka dilihat lebih teratur dan sistematik berbanding blogger pakatan rakyat yang kebanyakkannya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menulis tanpa koordinasi yang sistematik.

Nampaknya sudah sampai masa blogger pakatan rakyat merapatkan saff, mengatur strategi secara berjamaah untuk melakukan perang cyber yang lebih tersusun dan berkesan terhadap blogger - blogger mesra-kerajaan.

Bagi pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, anda sedar bukan betapa pentingnya media baru hari ini? Betapa berkesannya serangan blogger-blogger mesra - pakatan di dalam mendedahkan ketirisan kerajaan dan menjawab serangan serta fitnah blogger-blogger dari blogger pro kerajaan?

Bukankah anda sedia maklum sumbangan besar kemenangan Pakatan Rakyat merampas beberapa buah negeri pada PRU lalu? Tidak nampakkah bagaimana blogger pakatan menyampaikan maklumat kepada rakyat? Mengapa senjata tajam ini dibiarkan tumpul?

Maklumat yang baik, tepat, dan benar sekiranya tidak dibaca akan hanya menjadi maklumat yang tidak berguna. ReJaM© menyeru kepada pemimpin pakatan rakyat memikirkan jalan untuk koordinasi yang lebih baik merebut kembali dominasi media baru oleh blogger-blogger kerajaan.

Kami tidak kalah di dalam mengumpul maklumat serta membuat pendedahan, namun kami hanyalah terdiri daripada orang perseorangan yang kurang teratur hasil kerjanya, mana nak cari maklumat? Mana nak menulis blog? Mana nak menjawab serangan? Mana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri?

Bukan wang ringgit yang dipinta, namun tindakan tertentu di dalam menyusun atur blogger-blogger sukarelawan ini.