PAHANG AKAN BANGKRAP JIKA INILAH CARA PENGURUSAN KEWANGANNYA...DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Dato..... yang turut hadir.Beliau pernah menjadi Pengerusi perhubungan Umno Pahang(kiri)
Sebahagaian dari peneroka yang hadir di dalam dewan(Kanan)



DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN MEMBACA LAPORAN AUDIT NEGARA MENGENAI MAJLIS DAERAH BENTONG


Gambar dan laporan: Amiramiruddin


Pimpinan yang hadir..YB Syed Ibrahim ADUN Kuala Semantan merangkap Tim Pengerusi PAS Pahang , Sdr Mazlan Aliman pengerusi ANAK ,Dato Fauzi Ketua Perhubungan PKR Pahang ,Tuan Hanipa Maideen peguam bagi pihak peneroka,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pengerusi Perhubungan PAS, dan YB DAP Triang Eng Ngah Ngah


Bera 17 hb -Pengerusi Pehubungan PAS negeri Pahang dalam ceramahnya semalam menjelaskan bahawa umno Pahang sebenarnya banyak bergantung kepada pengundi di kawasan FELDA, selain undi pos di pihak askar, juga undi dari kaum orang asal Pahang.

Namun menurut beliau lagi, usaha bagi menyatukan para peneroka bagi menuntutbhak mereka tanpa mengira fahaman politik harus di giatkan lagi bagi membantu para peneroka yang di tindas. "Kita akan bergabung seluruh kekuatan felda bagi menghembalikan hak kepada peneroka".jelas Tuan Ibrahin Tuan Man lagi yang memenanagi kerusi DUN Jengka dalam pilihanraya tahun 1999.


Beliau yang memenangi undi dalam pilihanraya tahun 1999 lalu , menjelaskan bahawa 9 dari 10 peti mundi yang di menangi beliau adalah di kawasan peneroka, maka kerana itu , jika kita memeberi penerangan kepada para peneroka, maka mereka akan memberi kekuatan kepada kita dalam membantu mereka untuk menegakan keadilan yang selama ini di nafikan.

Dalam ceramah semalam juga Tuan Ibrahim Tuan man menjelaskan bahawa Pahang berda dalam keadaan kritikal kerana menurut laporan audot negara yang beliau dapat, Beliau menyatakan bahawa terdapat begitu banyak penyelewengan yang rakyat dan para peneroka harus sedar.

Beliau kemudiannya menjelaskan bagi daerah Bentong sahaja laporan audit negara menjelaskan bahawa terdapatkan penyalahgunaan dalam pengurusan kerajaan negeri bagi daerah Bentong. Dalam belanjawan kerajaan geri dan pentadbiran kerajaan negri Pahang.

Audit negara tersebut menjelaskan bahawa perbelanjan ini dilakukan tanpa mengikut prosedur dan sekretriat audit negara menjelaskan bahawa pembelian peralatan bagi membekalkan peralatan rumah rehat Bentong , peralatan yang di bekalkan kepada rumah rehat kerusi nyatoh harga rm 990 harga pasaran namun di bayar pada harga rm3200, sofa nyatoh harga pasaran rm2040 tetapi di bayar kepada pembejkal sebanyak rm 5300,lampu di rest house rm150o pada harga pasaran , namun di bayar kepada pembekal sebanyak rm 38000.Ini telah bertahun ereka kerja. Hutang Pahang berjumlah 2.1 billion.Menteri besar menyebut, bahawa jika kerajaanpusat tidak membantu kerajaan negeri, maka sampai kiamat kita tidak akn dapat membayarnya.

Menurut Tuan Ibrahim ini bukan laporan PAS dan bukan laporan DAP atau PKR .Ini bukan soal siapa, tetapi laporan audit negara.Dalam ucapan belanjawan kerajaan negeri, Menteri Besar membacakan laporan penyelesaian yang mana beliau menyarankan agar :

1. Meminta 50% keuntungan dari syarikat kepada kerajaan negeri .Mana mungkin anak syarikat kerajaan negeri dapat membayarnya kerana PKNP sendiri berhutang sebanyak rm160.71 juta, Amanah Saham Pahang berhutang sebanyak rm109.87 juta, manakala pihak berkuasa tempatan pula berhutang sebanyak rm1.89 juta


2. Peruntukan perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak rm271 juta manakala 60 juta adalah untuk belanjawan pengurusan.Menurut Tuan Ibrahim lagi, jika belanjawan ini diteruskan , kita percaya tidak akan ada pembanggunan dan pengurusan yang cekap di lakukan di negeri Pahang ini.

Beliau juga menjealaskan bahawa dengan pergantungan 4 ahli parlimen akan meberikan kelebihan dan majoriti 2/3 di parlimen dan kemungkinannya ialah meluluskan persempadanan semula kawasan pilihanraya.namun kita punya harapan bahawa rakyat memahami semua ini.

"Kita akan bincangkan agenda kita dalam majlis Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini dan bagaimana strategi ini akan di lakukan untuk membela nasib rakyat." demikian jelas Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.


Kini serangan kepada Kelantan semakin berkurangan.malah serangan kini di seratakan di negeri pakatan Rakyat.Malahan kes yang di siasat keatas Tuan Guru Nik Aziz kononya beliau menerima rasuah amat memalukan.

"kita menghormati semua pegawai kerajaan, namun kerjalah dengan profesional.Maka kerjalah dengan cekap.Jika kita ,lapor pukul 9 ,pukul 10 dah siasat.Namun bagi pihak kerajaan ,dah dilapor belum di siasat sehingga kini,kita yakin jika kita menang dalam pilihanraya ke 13, beribu fail kita akan buka semula.Kita juga tidak berkelahi dengan kakitangan FELDA di mana pegawai dipaksa menjalankan kerja dan sistem yang tidak adil.Untuk membetulkan sistem kita perlu mendapatkan kuasa" demikian jelas Tuan Ibrahim lagi.

"Kita juga akan mengadakan konvensyen pakatan Rakyat Pahang selepas konvensyen pusat Pakatan Rakyat di Pualau Pinang" demikian jelas beliau lagi.

1 Jangan khianat kepada amanat rakyat.Bagi pimpinan PAS, jaga hubungan dengan Tuhan dan jaga sembahyang berjemaah. Rakyat lihat apa yang kita buat.

2. Hal remeh temeh hendaklah kita letakkan sebelah sementara umpama kemuncup di seluar semasa bermain bola, jika penjaga gol asyik mencabut kemucup maka bola datang pun tidak sedar.Ini memang kerja mereka,kerana kalau mereka baik, mereka tidak akan berada dalam umno.

3.Parti akan menang dengan usaha kita dan anak-anak kita. sebab itu perlu di gerakkan kekuatan kita dan kekuatan spiritual dan juga mental ,pastikan anak anak remaja kita dan anak muda kita bersama kita.

No comments: