LAGI LAPORAN JAHAT....SEMUA BEKAS AHLI PKR DI GUNAKAN SEMULA MENJELANG PILIHANRAYA

ZAMIL DAH KAYA RAYA..PANDAI LA CAKAP...

Penyokong Anwar perlu buka mata

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar membuka mata semua pihak terutama penyokong tegarnya agar tidak terus ditipu oleh lakonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kalangan akar umbi PKR dilihat masih kuat menyokong pemimpin pembangkang itu tetapi malangnya mereka tidak tahu siapa Anwar yang sebenarnya.

Mengakui bertindak keluar PKR selepas hilang rasa percaya terhadap Anwar, jelasnya, pendedahan oleh WikiLeaks itu tidak sedikitpun membuatkan dirinya terkejut.

‘‘Salah satu sebab saya keluar PKR adalah kerana melihat dengan mata saya sendiri tentang perlakuan Anwar beberapa tahun dulu.

‘‘Bermula itu, hati saya terdetik dan mengatakan bahawa saya sebenarnya telah salah membela nasibnya. Saya rasa tertipu dan kecewa.

‘‘Sebelum ini, saya menyokong Anwar secara membabi buta dan menganggap ia konspirasi Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Tetapi, kini segalanya sudah terbukti,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan WikiLeaks mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti seks sejenis yang mana kesnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Pendedahan itu dibuat WikiLeaks berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Maklumat risikan itu diperkukuhkan lagi apabila WikiLeaks turut mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, dalam isu berkaitan pendedahan WikiLeaks itu, pihaknya mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak luar jika merasakan ia tidak benar.

‘‘Jangan berdiam diri. Pergilah buat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang. Saya cabar dia saman Lee Kuan Yew. Kita lihat siapa yang betul dan siapa yang salah,’’ tegasnya.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Angkatan muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim menjelaskan bahawa apa yang telah didedahkan adalah pembalasan tuhan.

‘‘Kalau kita asyik mengata orang itu mengata orang ini, akhirnya kebenaran akan ditunjukkan juga. Dan ini, ia adalah balasan tuhan kepada Anwar. Allah tunjuk siapa Anwar secara sikit-sikit.

‘‘Justeru, rakyat harus buka mata. Tetapi, mereka di PKR akan kata ini kerja semua UMNO,’’ katanya.

Beliau seterusnya mencabar Pas dan DAP agar menyatakan pendirian terhadap Anwar.

‘‘Sampai bila harus ditipu Anwar? Cukup-cukuplah ditipu dengan sandiwara beliau,’’ tambahnya.


Kisah pecacai PKR yang dah kaya raya


Malam panjang 10 Februari, bilik 601, dan RM25 ribu

Oleh Zool Hilmi Yahya

Saya Zool Hilmi bin Yahya, (No. K.P.780116-08-5537), beralamat di 364 Jalan Meranti, Taman Seri Setia, 36000 Teluk Intan, Perak dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengatakan bahawa:

Pada 10 Februari 2004, saya telah diberitahu oleh Hamdan Taha, bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional untuk menunggu beliau di Kedutaan India.

Kemudian dia menelefon untuk memberitahu sebuah teksi akan mengambil saya berdekatan Kedutaan India tersebut.

Rumah Najib

Kira-kira jam 9 malam saya dibawa oleh teksi dari berdekatan Kedutaan India ke rumah Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di No 15 Jalan Langgak Duta. Saya tidak kenal pemandu teksi tersebut.

Sampai di rumah tersebut, saya diperiksa oleh beberapa anggota polis dan dicatatkan nama saya.

Saya kemudiannya disambut oleh dua orang yang dipanggil Datuk (selepas ini saya merujuk sebagai "Datuk-Datuk") dan dipelawa masuk.

Saya tahu mereka dipanggil Datuk kerana sesama mereka memanggil masing-masing Datuk.

Saya kemudian dibawa ke bilik mesyuarat dan disambut oleh Datuk Seri Najib. Saya diperkenalkan oleh Hamdan Taha kepada beliau sebagai "Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Negeri Perak".

Datuk Seri Najib kelihatan gembira ketika menyambut saya.

Saya menyertai perbincangan di dalam bilik mesyuarat tersebut. Ketika itu sudah ada beberapa pemimpin keADILan di dalam bilik tersebut.

Antaranya ialah, Hamdan Taha, Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Rosli Joha, Shamsul Bahari, Ruslan Kassim dan Fakhrul Azman.

Belum bersedia

Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa proses perundingan masih diteruskan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi belum bersedia menerima kemasukan mereka ke dalam Umno.

Bagaimanapun, beliau (Najib) sedang berusaha meyakinkan Abdullah bahawa kemasukan bekas ahli keADILan ini perlu disegerakan. Beliau memaklumkan bahawa keputusan akhir akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet pada 11hb Februari.

Datuk Seri Najib meminta yang hadir menjelaskan kenapa mereka ingin menyertai Umno.

Ruslan Kassim menjawab bahawa beliau tidak yakin keADILan akan mampu bertahan lama.

Hamdan menyatakan bahawa beliau tidak lagi yakin dengan kepimpinan keADILan.

Zahid pula menyatakan bahawa beliau yakin keADILan tidak akan kekal. Beliau yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah.

Fakhrul Azman menyerahkan laporan "Bagaimana Umno dapat menawan Terengganu" kepada Datuk Seri Najib.

Bukan isu Anwar

Keseluruhan pimpinan keADILan yang hadir meminta kemasukan ke dalam Umno disegerakan.

Tidak ada sesiapa yang membangkitkan kebebasan Anwar Ibrahim.

Ruslan menimbulkan mengenai masalah kes mahkamah yang dihadapi mereka. Beliau meminta penjamin dan wang jaminan baru disediakan memandangkan jaminan sebelum ini ialah oleh penyokong keADILan dan berkemungkinan besar selepas ini akan ditarik balik.

Tidak ada mana-mana pemimpin Umno lain, selain Datuk Seri Najib bercakap dalam mesyuarat itu.

Mesyuarat tamat sekitar 10.30 hingga 11.00 malam.

Mereka kemudian menikmati jamuan dan bergambar dengan Datuk Seri Najib.

Di perkarangan rumah Datuk Seri Najib, dua orang yang dikenali antara satu sama lain sebagai "Datuk" tersebut memberikan saya sejumlah wang. Saya tidak mengira jumlah sebenar, tetapi saya percaya lebih kurang seribu ringgit.

Saya kemudiannya naik kereta bersama Ruslan Kassim ke Hotel Quality di Jalan Raja Laut.

Bilik 601

Semua yang hadir di rumah Datuk Seri Najib ditempatkan di bilik 601 hotel tersebut.

Kami diminta memesan apa sahaja makanan yang dikehendaki sementara berbincang mengenai surat yang akan dikirim kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail memaklumkan mengenai keluarnya kami daripada keADILan dan menyertai Umno.

Ketika di bilik itu, saya diserahkan sebungkus wang kertas RM100 yang diikat dalam jumlah seribu ringgit seikat.

Saya tidak mengira jumlahnya tetapi dimaklumkan oleh Hamdan bahawa jumlahnya RM25 ribu untuk saya belanjakan.

Saya masukkan semua wang yang diterima ke dalam peti keselamatan yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Hamdan juga memberi jaminan bahawa saya tidak perlu kembali ke Perak. Mereka akan menyediakan pekerjaan kepada saya dan isteri. Mereka juga akan memastikan segala keperluan kami terjaga.

Terdapat tiga beg sandang dan satu beg kecil berisi wang dibawa oleh dua orang "Datuk-Datuk" tersebut bersama dua orang pengawal peribadi ke bilik 601 Hotel Quality.

Wang ini kemudiannya diagihkan kepada mereka yang hadir.

Memandangkan isteri saya telah tiba dari Perak, bilik lain perlu diuruskan untuk saya. Bagaimanapun bilik di Hotal Quality sudah penuh dan saya akan ditempatkan di Hotel Plaza.

Ketika di lobi Hotel Quality, saya sekali lagi diberikan sejumlah wang tunai lebih kurang RM500 oleh "Datuk-Datuk" tersebut.

Saya kemudiannya dibawa ke Hotel Plaza dan ditempatkan di bilik 820. Wang tunai, beg tangan dan telefon bimbit isteri saya tertinggal di Hotel Quality.

Sepanjang di Hotel Plaza terdapat beberapa orang berpakaian awam mengawal saya dan isteri.

Keluar hotel

Saya kemudiannya dihubungi oleh beberapa orang rakan dan Pengerusi Perhubungan keADILan Perak, Haji Osman Abdul Rahman, Dr. Lee Boon Chye, S.D. Johari dan Zamil Ibrahim. Mereka menyatakan kesediaan untuk membawa saya keluar dari hotel jika saya mahu.

Zulkaply daripada PRM kemudiannya menelefon saya, dan saya menyatakan kesediaan untuk dibawa keluar.

Ng Lum Yong dan beberapa orang tiba dan membawa saya keluar lebih kurang pukul 2 pagi. Saya ditempatkan di Hotel Grand Central. Saya berada di sana kira-kira selama 2 jam.

S.D. Johari kemudiannya membawa saya kembali ke Hotel Quality untuk mendapatkan beg tangan isteri saya tertinggal di sana. Fakhrul Azman menyerahkan di pintu bilik 601.

Saya kemudiannya dibawa ke Shah Alam.

Pada pagi 11 Februari 2004, saya menerima SMS "Zul tergamak ko khianat duit dlm peti dah di ambil berapa? Ezam bayar kau budak ngang mana balance duit dato haramkan ko makan" daripada 016-2720343 dan "Ingat ini melibatkan tpm lari la selagi boleh kerana ezam jgn salahkan org lain" dari nombor yang sama.

Dan saya membuat akuan berkanun ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. - um

---------

Tulisan ini merupakan akuan berkanun Zool Hilmi, Ketua Pemuda KeADILan Perak. Beliau merupakan saksi mata atas kejadian sebenar bagaimana 12 bekas KeADILan menyertai Umno.


SENGKEK MASA ZAMAN PKR..SEKARANG JUTAWAN DAN MENJADI BROKER LOMPAT
PARTI


Zamil tuntut hutang dari Arumugam

Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.

zamil ibrahimZamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon.

Katanya, beliau memberi wang tersebut kepada Arumugam sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum lalu.

“Jika Arumugam gagal membayar balik wang tersebut, saya akan membuat laporan polis terhadap bekas ADUN PKR Bukit Selambau itu.

“Saya menuntut hutang tersebut kepadanya semalam semasa bertemu di pejabat PKR bahagian Merbok.

“Arumugam kata, tolong beri dia masa. Arumugam kata dia letih dan dia tak akan pergi ke mana-mana.

“Dia tahu jumlahnya, tidak perlu saya beritahu. Beliau tahu itu wang saya,” kata Zamil kepada Malaysiakini.

‘Beri sedikit masa’

Zamil berkata, wang tersebut digunakan oleh Arumugam untuk membayar deposit untuk bertanding DUN Bukit Selambau.

Arumugam VengatarakooSelepas menang pilihanraya umum itu, Arumugam PKR dan kemudiannya dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Selambau dengan alasan keselamatannya terancam.

Sementara itu, Arumugam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau akan menjelaskan wang tersebut sedikit masa lagi.

“Saya bukan tidak mahu bayar tetapi beri sedikit masa, biar saya selesaikan kerja saya dulu.

“Jangan gertak saya, cakaplah elok-elok dan secara profesional kerana kita kawan-kawan.

“Saya tahu siapa yang beri wang dan saya sendiri sudah hubungi orang itu pagi tadi,” katanya.

Arumugam bagaimanapun tidak mahu menyatakan sama ada orang yang dimaksudkannya itu adalah Zamil.