Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

HANG BAGI TAU KAT NANGOI DI BAWAH TU...DOK BELIT APA YANG ORANG CAKAP JA...SAMPAI BILA PUN UMNO ORANG TAK RESPECT..BUKAN PASAI MENTERI PUN SETENGAH MASAK....TAPI AKHBAR BUAT MENTERI NAMPAK KEBODOHANYA....

HANGPA NI DIZAMAN MANA LA NI.....ORANG DAH CERDIK DAH.......BATU SAPI NGAN GALAS TU JANGAN LA AMBIK SEBAGAI SATU KEMENANGAN KALAU DUIT TABOQ BERGUNDI GUNDI DAN ORANG ASLI MANA ADA KOMPUTER.........


LA.......PERKASA MAN????JAWAB...JAWAB ..HANGPA LEBIH CERDIK DARI CEK DET KA???




Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.


NONE

RNONE

No comments: