PILIHANRAYA KECIL:CALON PAKATAN PERLU BERUSAHA KERAS

SABAH: PERTEMBUNGAN 3 PENJURU


AHLI PERNIAGAAN,AHLI POLITIK DAN PEGUAM



Kerusi parlimen Batu Sapi memp
unyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).







(Barisan nasional)




Bn akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

(SAPP)

Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Naib presiden SAPP, Poon Kee Yong membuat pengumuman itu pagi ini di majlis perasmian pejabat SAPP Karamunting di Bandar Leila, Sandakan.


(PKR)

Ansari Abdullah calon PKR di Batu Sapi

Harakahdaily

SANDAKAN, 24 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.

Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon.


DUN GALAS


DOKTOR PERUBATAN MELAWAN PENGURUS

Calon PAS, Dr Zulkefli merupakan seorang pengamal perubatan dan mempunyai klinik di Chiku 3, Gua Musang.










Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Ab
dul Aziz Yusof diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.