MUKHRIZ KENA BANYAK BELAJAR LAGI

Kongsi 0
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selagi kerajaan tidak mengutamakan mengutamakan sistem keadilan yang bersih, bebas rasuah dan kepimpinan yang meyakinkan, negara akan terus kehilangan pelaburan asing.

Ketua Umum PKR itu berkata, walaupun kerajaan membuat pembentangan serta perincian dasar ekonomi tetapi ia didakwa akan terus disambut dingin oleh pelabur kerana ia merupakan perkara yang mendasar.

"Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Sub-saharan Africa
Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan apabila Malaysia didapati antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik.

"Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot.

"Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Datuk Sri Najib (Razak) akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar-warkan bertujuan menarik minat pelabur," katanya.


DIKETIKA PELABUR PECUT KELUAR,BUKAN KERAJAAN BN NAK MMBUAT PEMBEULAN,AKAN TETAPI MENYALAHKAN PEMBANGKANG....LIHAT FDI DI THAILAND WLAU KEMPEN BAJU MERAH BERJALAN TERUS.
Sebaliknya, di negeri Pakatan Rakyat seperti di Kedah, mampu menarik pelaburan sebanyak RM1.837 bilion pada tahun 2009 dan Selangor RM7.755 bilion.