KALAU UMNO NAK SELAMATKAN PARTI SENDIRI

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan;
kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik;
ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya;
keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar;
dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," kata ZAID IBRAHIM.