KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARANG KABAR


Kenyataan Media oleh Pengarang KABAR berhubung permit Penerbitan


Tindakan KDN merampas 6,108 naskah akhbar KABAR yang bermotokan Era Pakatan di 915 permis diseluruh negara bukan disebabkan oleh tanpa permit penerbitan atau aduan awam serta laporan polis tetapi disebabkan oleh 'arahan pihak atasan'.

Kenyataan saya ini bagi menyangkal kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad sebagaimana dilapurkan bernama semalam.

Dalam kenyataan tersebut Datuk Zaitun mengeluarkan kenyataan bahawa KABAR diterbitkan tanpa permit serta tindakan merampas 6,108 naskah disebabkan aduan awam dan laporan polis adalah tidak benar dan tindakan berat sebelah.

Kenyataan saya ini berdasarkan bukti berikut.

1. KDN telah mengeluarkan permit KABAR yang bernombor PP 16761/12/2010 (026203) kepada Abu Bakar Ninggal. Numbor permit tersebut sentiasa tertera dimuka depan KABAR bagi memudahkan rujukan pihak berkuasa. sebagaimana lampiran 1

2. Perkataan Era Pakatan adalah moto kepada KABAR. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak KDN melalui surat penyerahan lapan (8) salinan KABAR pada setiap penerbitan. KDN juga telah mengesahkan penerimaan surat yang disertakan pada setiap kali diserahkan 8 salinan tersebut.( lampiran 2 dan lampiran 2a)

Dalam salinan tersebut dinyatakan bahawa 'KABAR yang bermotokan Era Pakatan' bukannya KABAR era Pakatan sebagaimana didakwa oleh Datuk Zaitun.Dalam kaedah sebutannya KABAR akan dikaitkan dengan motonya sebagaimana 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang disebut bersama dengan motonya.

Dalam kata lainnya KDN sepatutnya menyedari bahawa "Era Pakatan' adalah moto kepada KABAR bukannya datang dari permit 'KABAR Era Pakatan' yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh KDN.

Lagipun moto sesebuah akhbar boleh dinamakan apa sahaja atau ditukar dengan apa nama sekalipun pada bila-bila masa kerana ia tidak terikat dengan penerbitan permit.

Setakat ini pihak KDN tidak pernah memberikan apa-apa surat atau kenyataan kepada pihak editorial atau pihak pengurusan KABAR berhubung KABAR yang diserahkan pada KDN.

Sekiranya KDN tidak berpuas hati atau menyarankan supaya diubah saiz atau mana-mana yang tidak berbetulan dengan kehendak KDN maka kementerian tersebut sepatutnya menghubungi pihak KABAR bagi memaklumkannya atau memberi surat peringatan atau amaran.

Tindakan KDN tidak memberi apa-apa notis, kenyataan atau amaran tetapi bertindak merampas dam menyita KABAR adalah tindakan yang tidak profesional dan menimbulkan pelbagai keraguan serta menjejaskan kredibiliti kementerian tersebut.

Apakah ini prosiding KDN, yang bertindak tanpa maklumat, tanpa siasatan serta rujukan dalam menangani isu atau kes-kes yang membabitkan kepentingan awam?.

3. Kenyataan Datuk Zaitun yang menyatakan tindakan 'merampas' KABAR disebabkan
terdapat aduan awam dan laporan polis juga merupakan kenyataan yang sengaja dijadikan alasan serta berat sebelah.

"Apakah disebabkan aduan awam dan laporan polis menyebabkan KABAR di sita? Bagaimana dengan ratusan aduan awam dan puluhan laporan polis kepada akhbar media perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian yang dibuat oleh rakyat, begitu juga dengan TV3. Mengapa Utusan, BH dan TV 3 tidak disita atau dihentikan siaran disebabkan aduan awam dan laporan polis. Mengapa KABAR disita dijadikan mangsa?.

Kalau ada laporan polis atau aduan awam, KDN seharusnya datang menyiasat atau mengambil keterangan dari KABAR.

Saya ada menerima panggilan telefon dari IPD Timur laut Pulau Pinang yang ingin mengambil keterangan berhubung kenyataan Lim Guan Eng dalam penerbitan KONSEP bilangan ke-20 dan bukannya dari penerbitan KABAR.

Sampai kesaat ini pegawai yang berjanji akan datang menemui saya minggu lalu tidak datang untuk mengambikl keterangan sedangkan semua bukti telah saya sediakan.

Kami sedar bahawa Datuk Zaitun baru sahaja beberapa minggu di tukarkan kejawatannya sekarang dan kenyataan beliau mungkin hanya berdasarkan maklumat pegawai-pegawai kanan beliau sahaja.

Tindakan tidak profesional KDN yang kami anggap sebagai 'menerima arahan dari tangan-tangan ghaib'mengakibatkan KABAR dijadikan mangsa.

KABAR merupakan tabloit yang mendapat permit penerbitan mingguan tetapi dikeluarkan dua kali sebulan sebagai permulaan dan dijangka akan diterbitkan setiap minggu dalan beberapa bulan lagi.

KABAR merupakan akhbar yang melapurkan berita-berita serta rencana dan analisa berhubung pelbagai isu terutamanya isu-isu politik.

Formet serta konsep KABAR berbeza dari lain-lain media alternatif disebabkan setiap isu akan dikupas berdasarkan kepada pandangan dan pendirian dari PKR, PAS dan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun KABAR dalam bilangan kelima yang akan diterbitkan hujung bulan ini akan dibuat sedikit perubahan bagi memenuhi format KABAR.


Terima Kasih

KABAR Era Pakatan

Mat Zahari Ali - Ketua Pengarang 2.