UNDILAH PARTI PAKATAN RAKYAT YANG MENJAMIN MASA DEPAN ANDA
BARISAN NASIONAL DAN KEKALUTAN MEREKA
HULU SELANGOR adalah bukti betapa Bn bukanlah sebuah parti yang kuat kerana mereka sentiasa sahaja berpecah belah dalam banyak perkara. Lihat sahaja pergolakan yang sedang berlaku.Fenomena ini berpunca kerana Bn tidak lagi kuat dan Umno pula bukan penentu masa depan Bn untuk memerintah negara.
Kita bermula dengan krisis Mca di mana kita lihat pemilihan Chua Soi Lek bukanlah satu petanda bahawa Mca akan kukuh, malahan perletakan jawatan ketua wanitanya dan bendaharinya di lihat Mca menuju kehancuran dalam meraih undi kaum Tionghua.Jika Mca parti kedua terbesar dalam Bn di lihat sudah tidak stabil dan menuju kehancuran, maka peluang Bn untk memerintah dalam sedikit maa lagi juga akan musnah.Undi melantik Chua Jui Meng adalah tanda protes masyarakat Tionghua untuk mengajar Mca yang sama seperti Umno.
Kini kita berhadapan dengan undi di Hulu Selangor. Di ketika Pakatan Rakyat menamakan seorang calon yang punya banyak pengalaman luas dan prinsip untuk menghapuskan ISA dan sanggup melepaskan jawatan beliau, Bn kini kehilangan punca apabila calon yang cuba di perkenalkan oleh Umno tidak di persetujui oleh Mic.Sammy Vellu lebih senang dengan setpol beliau iaitu Palanaviel manakala Umno bersetuju dengan calon yang lebih muda , malahan jasa Palanaviel sudah dilihat tidak lagi di perlukan.
Keadaan ini membuatkan Sammy Vellu marah dan 22 cawangan Mic di Hulu Selangor menjadi tidak menentu dan mahu memboikot pilihanraya. Mereka berkemungkinan akan mengundi calon pakatan Rakyat yang telah menunjukkan kestabilan dalam proses penamaan calon dan bersedia untuk berkhidmat, manakala calon Bn masih lagi kelam kabut.
Sebagai pengundi, anda tentu merasakan kekalutan ini adalah kerana kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Bn yang makin bercelaru, kelamkabut, tidak bersatu padu, mementingkan parti masing-masing, dan tidak mengikut arahan ketua iaitu Perdana menteri sendiri.
Jika inilah calon yang dipilih untuk mewakili penduduk Hulu Selangor, kita boleh katakan bahawa calon dan keadaan dalaman mereka iaitu Bn dalam keadaan kecau bilau dan macamerba.Ini sudah tentulah tidak dapat di sangkal lagi kerana selama ini Bn seringkali berkata bahawa Pakatan Rakyat tidak bersatu, Pakatan Rakyat tidak muafakat, sedangkan dalam masa yang sama juga Bn menampakkan kelam kabut mereka dalam pemilihan calon. Di sini menunjukkan betapa parti yang berada dalam keadaan kelam kabut ialah Bn sendiri.
Jika demikian, mungkin Bn boleh menggunakan calon yang melompat dari Pakatan Rakyat bagi mewakili mereka dalam pilihanraya Hulu Selangor kerana mereka sendiri tidak dapat menentukan siapakah calon yang mereka mahukan.
Kekalutan ini memberikan satu peluang terbaik rakyat menilai dimana mereka harus memangkah dan menentukan masa depan mereka. Lagi pula di Selangor kemenangan calon Mic ini tidak menjadikan suara mereka lebih kuat. Kaum India hanya sedikit jika di bandingkan dengan kaum lain di Hulu Selangor. Mungkin atas dasar inilah Umno seharusnya meletakkan calon mereka di Hulu Selangor, namun cuba pula menunjukkan bahawa Umno adalah "Big Brother" dalam komponen Bn.Keadaann ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Keadaan ini akan berlanjutan jika Mugilan di pilih oleh Bn dan bukan Mic yang dapat menentukan calon mereka iaitu Palanaviel dan sudah tentulah Mic akan memboikot pilihanraya ini.Oleh kerana kudua-duanya tidak di persetujui oleh Big Brother dan Sammy Vellu , maka calon bidan terjun di perkenalkan. P Kamalanathan.
Jika ini berlaku adalah lebih baik memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dan parti Pakatan Rakyat kerana inilah parti yang akan membentuk satu masayarakat majmuk dan membela rakyat di masa hadapan.Hanya anda yang dapat menentukan siapakah yang akan mewakili suara ramai dan kini anda sendiri berhadapan dengan situasi di mana anda sendiri berada dalam persimpangan, terutamanya pengundi Umno,Mic, dan Mca. Oleh kerana itu adalah lebih relevennya jika anda memilih calon Pakatan Rakyat.
Amiruddin Ahmad
adalah penulis bebas. wartawan Kabar Era Pakatan,
EXCO ALIRAN, ALIRAN KESEDARAN NEGARA.
Lulusan USM dalam sains politik.
Bekas wartawan bebas Suara Keadilan.