ANDA PERLU 1 JUTA UNTUK HIDUP SELEPAS BERSARA????

Perlu ada RM1 Juta selepas bersara ?

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan berkata, rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi memastikan kehidupan mereka lebih selesa selepas bersara.

Menurutnya, kajian yang dijalankan terhadap majoriti pesara di negara ini mendapati mereka terpaksa mencari kerja selepas bersara kerana jumlah simpanan mereka tidak mencukupi untuk terus manampung kehidupan.

Beliau menjelaskan, antara sebab perkara itu berlaku kerana mereka gagal merancang kewangan lebih awal selain tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, katanya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun," katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010, di Kuching petang tadi.

Lanjutkan Usia persaraan ke 65 tahun untuk produktiviti ?

Sasitharan turut memberitahu, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia kerana usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun.

Selain itu, kata beliau, usia persaraan 55 tahun turut menjadikan pekerja Malaysia tidak produktif pada dua atau tiga tahun sebelum bersara.

"Sedangkan di Eropah dan Jepun, pada usia tersebut, para pekerja mereka masih mempunyai tahap kecekapan yang tinggi.

"Saya tidak menolak fenomena ini berpunca daripada ikatan kekeluargaan di Malaysia yang masih utuh dan ibu bapa menaruh harapan kepada anak-anak untuk menjaga mereka," tambahnya.

No comments: