KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.
Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.
Beliau berpandangan bahawa saham-saham yang hilang ini diagih-agihkan kepada kroni-kroni BN, dan Guan Eng kesal kerajaan masih belum bertindak keatas kebocoran ini. Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.-TVSelangor-