Majlis turt mendesak agar YB Mohsin mengosongkan kerusi parlimen Bagan Serai itu, turut menuntut agar beliau melepaskan jawatan dan seterusnya bertanding atas mana-mana tiket dan biar rakyat menentukan.Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.
Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
SUMBER: EMAIL PENGUNJUNG DARI BAGAN SERAI PERAK.