KUALA LUMPUR : Perbicaraan hari ini dimulakan dengan 'serangan' Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan detik-detik Anwar mula meliwatnya, sementara itu, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu keseluruhan keterangan di mahkamah.
"Segala nasihat peguam, kita perlu dengar dengan mengambilkira keseluruhan keterangan terlebih dahulu," kata beliau ketika ditanya pemberita, sejurus keluar daripada kamar perbicaraan tadi.
Mengulas lanjut berhubung hal itu, Anwar sempat menjawab dengan nada sinis: "Macam biasa, dahulu mereka sudah bicarakan kes ini dengan kes 13 tompok air mani di atas tilam."
Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya tadi berkata, beliau pernah diajak ketua pembangkang itu untuk melakukan seks.
Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata pihaknya telah memohon agar baki keterangan Mohd Saiful itu dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin dikatakan bersetuju lalu menangguhkan perbicaraan itu sehingga esok pagi.
Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang peguam Anwar, Mohd Radzlan Jalaludin, ketika ditemui berkata, Mohd Saiful Bukhari mendakwa beliau telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar sebelum dan Anwar dilaporkan pernah berkata: "Can I **** you?"
"Masa Saiful Bukhari mula masuk tadi, kedengaran seseorang mula menjerit, 'taubatlah'," kata beliau.
Anwar dituduh melakukan perbuatan itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang sehingga 4.30 petang 26 Jun 2008.
Perbicaraan disambung pada 9:30 pagi esok.
Saiful Bukhari mula ‘serang’, Anwar mahu dengar keterangan
Wednesday, 03 February 2010 7:12 PM