KES PETANG INI


Perbicaraan liwat II bersambung petang ini

Feb 3, 10 10:55am
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung petang ini, menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini.

Karpal juga berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang
menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.