SAYA JUGA DI HENTAM DALAM BTN


Bekas meneteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah hari ni menjelaskan bahawa beliau menyokong penuh agar BTN di hapuskan kerana ianya memberikan faedah kepada orang tertentu untuk menggunakan platform BTN bagi mengatasi lawan.Beliau berkata demikian setelah bekas PM Mahathir Mohammad meminta supaya program BTN di teruskan.


"Ya saya dengar dan tahu bahawa saya juga pernah di hentam dalam seminar dan ceramah yang di anjurkan oleh BTN'" demikian jelas beliau.


BTN yang diletakkan di bawah kementerian Jabatan Perdana Menteri menjadi habuan bagi pihak-pihak tertentu agar menggunakan platform untuk mengehentam dan menganjurkan perasaan benci di kalangan bangsa lain dan bersifat rasis.


Menurut Tengku Razaleigh lagi , BTN di gunakan untuk menghentam pihak lawan dan menjadi kepentingan bagi pihak tertentu yang mengunakan pentas bagi menghentam pihak yang melawan pemimpin ,malah ianya memnbazikan wang rakyat" demikian beliau berkata lagi..


Baru-baru ini kerajaan Selangor dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menghentikan program BTN di negeri masing-masing dan menghalang bagi kakitangan kerajaan negeri untuk tidak megikuti program tersebut yang dianggap sebagai bersifat perkauman.

No comments: