PPSMI MASIH DI PANTAU



Perjuangan GMP Belum Terhenti - Hasni Abbas


Tuesday, 08 December 2009 1:11 PM Oleh Roziyah Mahamad

GERAKAN Mansuh PPSMI (GMP) sentiasa mematau dan memperjuangkan isu Penguasaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun kerajaan telah menetapkan untuk memansuhkannya pada 2011 ini. GMP dalam usahanya akan memastikan PPSMI benar-benar dimansuhkan seperti yang diumumkan kerajaan. Hal ini dimaklumkan oleh setiausaha GMP, Hasni Abbas ketika dihubungi Erapakatan.Hasni Abbas berkata, pihak GMP ada menulis surat kepada kementerian dan mempertikaikan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam memastikan bahasa ibunda terjaga. Kerajaan juga diminta member perhatian kepada pelajar-pelajar yang terlepas dari pemansuhan PPSMI ini. Hal ini kerana terdapat ramai pelajar yang luar bandar yang gagal akibat perlaksanaan PPSMI ini.



GMP dalam usahanya juga akan memastikan kerajaan benar-benar melaksanakan PPSMI ini selaras dengan janji yang telah dikatakan. Kerajaan diminta memansuhkan sepenuhnya PPSMI ini dan tidak memberi pilihan kepada pelajar dan pihak sekolah samada mahu menggunakan PPSMI ini atau tidak. “Sepertimana kerajaan telah menetapkan PPSMI satu ketika dahulu dan tidak memberi pilihan kepada semua pihak, begitu juga hendaknya dalam penghapusan PPSMI. Kerajaan harus tegas dalam memastikan PPSMI ini terhapus sepenuhnya,” Jelas Hasni Abbas. Hasni Abbas juga kecewa apabila tiada peruntukkan untuk memantapkan bahasa kebangsaan itu. Kerajaan dilihat memandang sepi usaha pelbagai pihak dalam meninggikan taraf penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat. Namun, kerajaan telah memberikan peruntukkan yang besar dalam menaikkan penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia. Mengulas lanjut, GMP menghadapi pelbagai cabaran dalam meningkatkan penguasaan rakyat Malaysia dalam bahasa Melayu. Sesetengah media arus perdana dilihat seolah-olah memperlekehkan usaha yang dilakukan GMP.



Gerakan GMP dikatakan sebagai politik jalanan dan dianggap sebagai pergerakan negatif. “Namun, GMP memuji usaha sesetengah media seperti Erakeadilan yang masih menyokong pergerakan GMP. Media seperti ini telah membuka ruang yang luas dalam GMP menyuarakan hasrat dan perjuangan GMP,” jelasnya lagi.Kerajaan juga diminta memberi ruang kepada GMP untuk berbincang. Namun, GMP kecewa apabila ruang yang ada diberikan kepada pihak lain sedangkan GMP merupaka gerakan yang memperjuangkan bahasa ibunda sendiri.“Kerajaan boleh mendengar kaum cina yang ingin menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pembelajaran sains dan matematik, namun menolak untuk berbincang dengan GMP bagi memperjuangkan bahasa melayu sendiri. Seolah-olah wujud keadaan pecah dan perintah di mana kerajaan mendengar suara satu pihak, manakala suara pejuang bahasa ibunda sendiri dipinggirkan,” jelasnya.

No comments: