Bn mencipta sejarah lagi buat negara tercinta ini.Kali ini berkaitan dengan kehilangan enjin pesawat pejuang F5E yang di laporkan hilang penghujung 2007 lalu.Namun setelah kehilangan hampir 2 tahun barulah kerajaan mengakui akan kehilangannya yang benar-benar hilang.Namun itupun setelah di asak di dalam dada akhbar reformasi dan dunia blog internet.Ini semuanya adalah satu sejarah ciptaan kerajaan Malaysia ini. Belum pernah kehilangan seperti ini di laporkan dimana enjin pesawat pejuang dicuri.Mungkin ada di kalangan negara lain ,namun belum pernah terdengar dilaporkan kehilangan seumpama ini berlaku di dunia luar Malaysia.
Kini kerajaan mengumumkan akan mendedahkan semaanya pada bulan hadapan.Maknanya Malaysia menyambut tahun baru dengan pendedahan kehilangan enjin pesawat yang hilang sejak 2 tahun lalu.Mungkin ini adalah satu perakara dimana kerajaan dianggap cuba untuk memadamkan kes ini dan secara tidak langsung rakyat mula mendakwa bahawa kerajaan lemah,cuba menutup kes,atau kelemahan yang ciba di tutup.
Sudahlah berbagai kelemahan demi kelemahan dan runtuhan demi runtuhan serta kes demi kes yang cuba di tutup, namun rakyat kini sudah mula memikirkan siapakah yang akan mereka undi pada pilihanraya akan datang.Rakyat mula mengetahui sedikit demi sedikit akan kelemahan besar parti pemerintah walau rakyat tidak banyak pilihan untuk memilih yang benar-benar baik.Namun rakyat kini punya alternatif untuk membentuk kerajaan baru yang di dakwa lebih mesra rakyat walau belum banyak yang perlu di buat dan di perbaiki.Namun rakyat kini sudah bulat tekad untuk memilih kerajaan yang dapat membantu dan tidak rasuah,menyeleweng fakta,menipu rakyat,memberi alasan tidak munasabah,cuba memperbodohkan rakyat dan banyak lagi yang jika di senaraikan akan membangkitkan kelemahan pemerintah sendiri.
Dalam banyak perkara yang rakyat paling benci dalam sesebuah negara yang di perintah kerajaan ialah bagaimana pemerintah cuba memperbodohkan rakyatnya tanpa mengira bangsa.Dalam hal ini nampaknya rakyat dan bangsa melayu paling banyak di perbodohkan tentang keagungan sebuah parti yang mewakili bangsa mereka namun dalam masa yang sama pula menipu bangsa sendiri.Ini dapat dilihat apabila semua hak-hak keistimewaan yang kononnya telah di tandatagani sejak zaman penjajah itu kini terburai terbarai akibat kerakusan sesetengah pimmpinan yang endakwa mewakili kaum Melayu.
Kini kaum Melayu mula bertindak memilih parti yang lebih dipercayai dari memilih parti yang di katakan asal usul nenek moyang mereka yang punya.Parti yang mendakwa menjadi payung buat kaum melayu kini didakwa kaum melayu sendiri sebagai sebuah parti yang kini mengkhianati mereka.Pantang orang melayu ialah apabila mereka merajuk amat sukar untuk di pujuk kerana memang itulah sikap kaum melayu apabila telah merajuk.Umno adalah parti yang mendakwa mewakili kaum melayu dan secara langsung menjadi parti dominan dalam Bn yang memerintah sejak 52 tahun lalu.
Kelemahan Umno bermakna meruntun juga kelemahan parti gabungan yang lain.maka kerana itu kita dapat lihat kini betapa gerakan,MIc dan juga Mca, sedang melalui zaman uzur mereka dalam poliik barisan nasional kini.Kelemahan demi kelemahan yang di paculkan akibat kesilapan pemernitahan kini dijangka berlarutan hingga pilihanraya umum akan datang. Maka kerana itu berbagai cara di lakukan dengan cuba untuk mengalih perhatian dengan berbagai masalah dalaman parti tersebut.Kerajaan bukan sahaja di dakwa cuba menipu tentang keadaan ekonomi, malahan semua kesalahan lampau yang berlaku dan sekiranya boleh di laksanakan dengan menutup semua kes dan kesilapan lalu, kerajaan akan berusaha untuk melakukannya. Inilah yang di lihat rakyat sebagai satu kelemahan dalam usaha untuk menutup kelemahan yang lain.
Keadaan seperti ini tidak memberikan kelebihan buat Bn masa kini,.walau Pakatan Rakyat belum sepenuhnya di lihat bersatu dengan kata amalannnya, namun ianya di lihat lebih baik dari apa yang Bn lakukan sekarang dalam mentadbir negara.Banyak negeri Pakatan yang melaksanakan pembahruan dan dilihat lebih peka dengan keendak rakyat berbandig dengan Bn yang dilihat cuba melakukan pembohongan kepada rakyat.Namun untuk meletakkan semua kesalahan ini kepada pemerintah adalah tidak bijak kerana kesilapan rakyat yang tidak celik adalah antara punca kepada semua kejadian ini.Rakyat harus bertanggungjawab di atas kesalahan memilih pemimpin mereka dan menyerahkan semuanya kepada pemimpin yang mereka pilih. Kini semuanya tidak dapat di ubah melainkan rakyat sendiri yang dapat mengubahnya pada pilihanraya yang akan datang.Tepuk dada tanya fikiran.
Amiruddin Ahmad
adalah exco Aliran,
AIRAN KESDARAN NEGARA
Penulis bebas untuk akhbar Konsep Era Pakatan