BN takut sekiranya 18 tahun layak mengundi

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 23 Disember : Kerajaan Barisan Nasional (BN) gusar sekiranya pimpinan Negara akan bertukar tangan sekiranya had umur mengundi dikurangkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Jika had mengundi dikurangkan, sudah pasti ramai rakyat daripada kalangan orang muda yang akan berpihak kepada pembangkang.

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook ketika dihubungi Era Pakatan.

Menurut Antony, tahap umur 18 tahun sudah boleh diitirafkan sebagai sudah dewasa dan mampu berfikir dengan wajar. Jika dilihat dari undang-undang yang sedia ada juga sudah menganggap tahap umur 18 tahun sebagai sudah dewasa dan mampu membuat keputusan.

“Pada usia 18 tahun sudah mampu menyuarakan pandangan dan hala tuju Negara. Mereka sudah bijak memilih apa yang mereka mahukan dalam Negara. Kerajaan mungkin gusar orang muda sudah mampu menilai segala yang berlaku. Sudah tentu ramai orang muda ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Antony berkata, beliau sudah lama menyuarakan hasrat ini, namun ia langsung diketepikan pihak Kerajaan. Baginya suara anak-anak muda ini amat penting dan mampu menyampaikan suara rakyat yang sebenarnya.

"Usia 18 tahun adalah suara sebenar dari golongan muda yang perlu diambl perhatian. Mereka adalah generasi paling produktif dalam menentukan halatuju hidup mereka dan sekiranya halatuju ini tidak di arah kepada sesuatu yang berguna untuk masa depan mereka maka mereka akan hanyut.

"Umno/BN telah menggunakan remaja berusia 18 tahun ke atas dalam pelbagai program termasuk program khidmat negara yang semata-mata bermotifkan agenda perjuangan BN. PR juga seharusnya menggerakkan usaha ke arah memberikan lebih banyak peluang kepada pelapis muda ini untuk cenderong ke arah masa depan negara yang lebih terurus," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ketika Konvensyen PR pada 19 Disember lalu, Anthony menyarankan supaya had umur 18 tahun dibenarkan untuk membuang undi apabila PR berjaya menawan pentdbiran Putrajaya nanti. Menurut Anthony terdapat hampir 4 juta pengindi baru sekiranya usia 18 tahun dibenarkan untuk mengundi.