PUTRAJAYA-12 NOV- Badan bebas yang menyiasat dan menilai semula kes Linggam hari ini mendesak peguam negara agar membuka semula kes siasatan berdasarkan ketidakyakinan dan desakan masyarakat Malaysia yang meragui hasil maklumat yang di sampaikan oleh menteri bodoh Nazri Aziz berhubung dengan kenyataan beliau "tidak ada tindakan susualan" ke atas skandal yang membabitkan kes Linggam.
Pengerusi badan bebas Tan Sri Hadenan Abdul jalil, menyatakan bahawa ianya di lakukan berdasarkan kepentingan kepada masyarakat umum."Saya sedang memikirkan untuk menghantar surat kepada pejabat peguam negara untuk di adakan semula siasatan . Kami juga mahu mengetahui apakah pandangan masyarakat dan menilai ianya sebagai satu kes yang berkepentingan untuk umum", demikian jelas Hadenan
Pasukan penyiasat khas yang di tubuhkan awal tahun ini adalah salah satu dari badan yang di tubuhkan oleh SPRM dan menjadi sebahagian dari badan tersebut.Panel bagi badan tersebut terdiri dari 7 orang dari berbagai latar belakang profesional terdiri dari peguam,juruaudit,ahli akademik,pegawai koporat,dan bekas pegawai kerajaan .
Badan peguam semalam menyatakan betapa mereka merasakan kes Linggam yang mempunyai kepentingan masyarakat harus di siasat semula kerana ini merupakan satu cara mendapatkan keyakinan awam berhubung dengan badan kehakiman negara.Presiden majlis peguam Ragunath Kesaven , menyatakan bahawa "kenyataan dari kerajaan berhubung dengan kes Linggam amat memalukan badan kehakiman dan sistem kehakiman negara dan ianya harus lah di siasat semula".Beliau menyatakan demikian semalam.
Kes Linggam bukan sahaja memalukan kerajaan , malahan ianya menjadi titik tolak dengan slogan Satu Malaysia yang dilaungkan pimpinan negara dan Rakyat di utama harus dijadikan slogan yang mementingkan rakyat lebih dari kepentingan lainya.